Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!
05:11 Nov 28, 2017  |  By SabahKini2
Laporan  Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

Dilaporkan projek bernilai RM2.196 bilion gagal menyediakan bekalan elektrik ke rumah-rumah di pedalaman Sabah. Bila diteliti syarikat yang gagal laksana adalah kroni Shafie Apdal

Laporan Ketua Audit Negara dalam siri ke-2 yang diterbitkan semalam nampaknya seakan mengesahkan penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion baru-baru ini membawa kepada penangkapan SPRM terhadap Dato' Seri Shafie Apdal bekas Menteri KKLW, Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony, Azis Jamman, Sin Kong, dua adik Shafie Apdal (Yusof dan Hamid).

Dilaporkan projek bernilai RM2.196 bilion gagal menyediakan bekalan elektrik ke rumah-rumah di pedalaman Sabah, dengan banyak isi rumah sama ada tidak menerima bekalan elektrik atau bekalan ke rumah kosong.

 

Siasatan Jabatan Audit Negara mendapati, lapan daripada 24 talian elektrik bagi projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) mendapati prestasinya tidak memuaskan. 33 projek kecil BLEB merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara 2016.

Ia termasuk enam projek hibrid solar dan tiga talian untuk menyediakan bekalan elektrik ke rumah dan di luar jangkauan pihak berkuasa tempatan. 

Daerah-daerah ini sepatutnya mendapat manfaat dari Projek BELB KKLW. Namun apa jadi?

 
BELB siap sepenuhnya pada hujung 2016 dan proses audit dijalankan pada Mac hingga Jun 2017. 
 
 
Ternama Tabah Sdn Bhd, Bumi Handal Sdn Bhd, Usaha Serimas Sdn Bhd, L&L ME Contruction mempunyai kaitan dengan Shafie Apdal.
Leadshine Sdn Bhd dikatakan dibawah kawalan Datuk Yusof Apdal.

Bagaimanapun, jabatan audit mendapati 33.8% daripada 6,891 buah rumah yang sepatutnya disambungkan kepada talian empat grid sama ada tidak langsung atau lewat menerima bekalan elektrik, kata Ketua Audit Negara.

Selain itu kira-kira 60 buah rumah yang mana tidak diduduki atau masih belum siap disambungkan kepada talian kuasa. 

Rumah yang tiada penghuni pun diberi peruntukan. 

 


L&L ME Contruction di Pitas

 

Mari kita lilhat Tenom- MVA Engineering Sdn Bhd


Mari lihat Projek Bumi Handal Sdn Bhd di Daerah Tongod. Ini semua projek Zaman Shafie Apdal peruntukan KKLW.
Bayangkan projek 2011-2012 lagi

Laporan Audit Negara juga menemukan Pelaksanaan projek BELB kekurangan tenaga kerja mahir di kementerian selain mendapati Cawangan KKLW Negeri (PKN) yang tubuhkan oleh Shafie Apdal di Sabah gagal dan hanya membantu membuat pemantauan secara ad-hoc juga kerana PKN perlu melaksanakan pemantauan terhadap projek-projek di bawah program lain seperti Program Jalan Luar Bandar (JALB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) serta lain-lain program di bawah kelolaan KKLW

Di dalam facebook banyak dipaparkan maklumat yang disampaikan dari rakyat terus betapa banyak projek KKLW tidak menepati spesifikasi yang akhirnya merugikan rakyat miskin dan memerlukan kemudahan. 

 Rakyat Sabah tidak perlu kompromi kepada pemimpin rasuah. Siasatan SPRM baru-baru ini mendedahkan 24 syarikat di bawah kawalan adik Shafie Apdal diberi projek KKLW, sejumlah RM48 juta ditemui. Shafie Apdal bakal didakwa di bawah Akta SPRM 2009 salah guna kuasa memberikan projek kepada ahli keluarga atau sekutu.

Comment