Pensyarah UMS Pro PH syor beri PR kepada pemegang IMM13
02:04 Apr 26, 2019  |  By SabahKini2
Pensyarah UMS Pro PH syor beri PR kepada pemegang IMM13

Sejak sekian lama berkhidmat di UMS seorang pensyarah yang bakal berpencen 2 bulan lagi mencadangkan agar pemegang IMM13 diberi status Penduduk Tetap atas sebab kemanusiaan.

KOTA KINABALU: Seorang Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bakal berpencen dua bulan lagi mencadangkan pemegang IMM13 diberikan status penduduk tetap.

Pensyarah kanan UMS Wan Shawaluddin Wan Hassan berasal dari Kelantan sejak dahulu pro PH berkata, Sabah tidak mungkin membangun tanpa sumbangan mereka.

“Pemegang IMM13 perlu dipertimbangkan untuk status penduduk tetap mereka sudah berada di sini selama empat dekad,” kata Wan.

“Mereka mempunyai generasi masa depan, boleh bercakap dalam bahasa Melayu, pandai berinteraksi dengan penduduk tempatan dan generasi kemudian mereka mendapat pendidikan di sini. 

“Kita selalu melihat dari sudut negatif tetapi mereka juga mempunyai nilai positif, seperti mereka menyumbang kepada ekonomi kita. Kota Kinabalu tidak akan maju seperti sekarang jika bukan kerana sumbangan mereka kerana penduduk tempatan tidak mahu pekerjaan yang mereka lakukan.

“Saya tahu ini sensitif, tetapi mereka juga manusia. Jika mereka bekerja dengan baik di sini, kenapa tidak (berikan mereka PR), melainkan mereka mempunyai rekod jenayah.”

Wan berkata demikian kepada pemberita semasa bengkel mengenai warga tanpa negara yang dianjurkan oleh Suhakam dan pertubuhan serupa di Filipina dan Indonesia di sini, pada Rabu.

Sebelum ini warga Sabah kecoh dengan insiden serbuan pemegang kad IMM13 di pejabat imigresen yang akhirnya membekukan permohonan IMM13. Bagaimanapun Timbalan Menteri KDN, Datuk Azis Jamman dari Warisan mencadangkan pula satu dokumen khas menggantikan IMM13 yang mencetuskan rasa tidakpuas hati rakyat Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) PTI Serbu Dang Bandang demi IMM13 yang dihidupkan semula oleh Warisan ]

[ARTIKEL BERKAITAN- IMM13: Shafie terkejut Azis Jamman Timbalan Menteri KDN dan imigresen tidak beritahunya ]

Oleh itu cadangan Pensyarah UMS asal 'Malaya' ini tentu mendapat pelbagai reaksi rakyat Sabah sebagai satu langkah 'memandai' mencampuri urusan hal ehwal negeri Sabah. Apatah lagi isu PTI dan pemegang IMM13 adalah sangat sensitif.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Kita perlu tawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi tetapi bukan warganegara” - Timbalan Menteri KDN ]

“Kita perlu tawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi tetapi bukan warganegara” - Timbalan Menteri KDN

 

 

 

5 Comments