Setahun KBS: Syed Saddiq lantik ‘kaki penipu’ urus dana KBS dan bertekad bawa BTS ‘Gay’ guna duit rakyat ke Malaysia
09:04 Apr 29, 2019  |  By SabahKini2
Setahun KBS: Syed Saddiq lantik ‘kaki penipu’ urus dana KBS dan bertekad bawa BTS ‘Gay’ guna duit rakyat ke Malaysia

Syed Saddiq Menteri KBS bangga mengumumkan 3 pencapaian utamanya sebagai Menteri KBS selama setahun. Ia termasuk melantik Pengerusi Yayasan 'Kaki Penipu' urus dana KBS. Syed Saddig juga akan bawa BTS gay walau berapapun kos ke Malaysia

25 April lalu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan 3 pencapaian terbaik setahun kementeriannya iaitu penubuhan Program Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS), Projek Reben Kuning dan projek kebajikan para atlet dan bekas atlet negara.

Apa yang mengkagumkan dengan 3 pencapaian itu? MFLS hanyalah jabatan baru yang ditubuh selepas Biro Tatanegara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditutup oleh Kerajaan PH. Ia hanya sebuah agensi copy and paste bagi meneruskan kakitangan serta mengurus aset agensi itu di seluruh negara. Tiada yang membanggakan sangat. Alasan menjimatkan adalah sesuatu yang dangkal kerana Kerajaan PH hari ini tetap meningkatkan hutang negara.

Projek Reben Kuning untuk peluang pekerjaan kepada bekas sekolah pemulihan dan banduan. Dengan hanya menyerap beberapa bekas penghuni Sekolah Henry Gurney berkhidmat dalam kementeriannya tidak semestinya ia menggambar keseluruhan pencapaian KBS. Program ini biasa dijalankan oleh agensi lain juga. Jadi ia bukan sesuatu yang baru.

Bagi program kebajikan atlet dan bekas atlet apa yang membanggakan Syed Saddig? Begitu banyak aduan dan kritikan secara terbuka oleh atlet malah bekas atlet yang tular dalam media massa.

Syed Saddiq berbangga menyuntik dana khas sebanyak RM3 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) tetapi dia malu mahu mengumumkan telah melantik Dato’ Noorul Ariffin 'kaki penipu' Gengster atau mafia sebagai Pengerusi Yayasan itu.

Bukankah Dato’ ini menipu yang dia adalah bekas Presiden Persatuan Olahraga Johor? Bukankah satu ketika dahulu beliau pernah dilaporkan kepada pihak polis kerana memalsukan alamat tempat tinggal di Johor Bahru sedangkan beliau menetap di Sungai Buloh. Ini semua gara-gara gila kuasa.

Alamat Johor Bahru mana dia guna untuk tipu...tapi bila ada orang dalam semua boleh jadi
sehingga beliau dilapor polis menipu alamat

Tak pernah ada dalam rekod POAJ nama Noorul Ariffin ni.
Dari planet mana dia datang Johor tak dapat dipastikan

Sudahlah menipu sebagai Presiden Persatuan Olahraga Amatur Johor (POAJ) malah menipu lagi pernah meraih pingat emas di Kejohanan Olahraga Terbuka Antarabangsa Malaysia 1993.  Sangat melucukan. Emas mana dia kumpul? kedai pajak gadai ke? Ia pembohongan yang nyata.

Tetapi Syed Saddiq sekali lagi membutakan diri. Tetap juga dia sayang kepada penipu ini.

Sejarah Gengster ditembak Gengster!

Rakyat Malaysia pasti tak lupa insiden tembak Januari 2015 apabila Noorul Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia dilaporkan cedera ditembak dua lelaki bermotosikal di hadapan rumahnya di Sungai Buloh. Beliau mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dirawat di Hospital Sungai Buloh

Hanya penipu besar saja boleh dicari mafia untuk ditembak

Media melaporkan hasil siasatan awal mendapati, empat kelongsong peluru jenis SME berukuran 9mm ditemui di luar pagar rumah mangsa dan terdapat dua kesan tembakan di dalam kereta Dato’ Noorul itu.

“Siasatan awal juga mendapati, mangsa menerima surat ugutan kira-kira sebulan lalu,” kata sumber.

Hakikatnya siasatan kes itu masih misteri hingga sekarang. Sumber lain yang tak pernah didedahkan ialah Noorul terlibat dengan kegiatan mafia dan gengster yang menyebabkan beliau didendami oleh musuh-musuhnya dalam perniagaan dan NGO. Jenis ‘kaki hutang’ dan ‘kaki pau’ syarikat mesti tak lama. Orang akan cari dan buru.

Hakikatnya di negara ini kalau seorang itu bagus tak mungkin menjadi mangsa tembak. Jika tak menipu dan kaki hutang tak mungkin sehingga kepada serangan bersenjata.

Noorul sebelum ini yang banyak terlibat dengan perniagaan seperti Pengarah Urusan NPI Corp, Pengarah Spice Garden Restaurant Sdn. Bhd, Pengerusi Septronic Skills Training Center, Pengerusi Malaysia Singapore Vintage Car Register, bekas Pengerusi Koperasi KIMMA Malaysia Bhd dan beberapa lagi koperasi di Malaysia. Dalam semua perniagaan beliau ni agakya mana satu paling berjaya? Pencapaian syarikatnya yang melingkup tak adalah bagus sangat.

NPI Corporation (M0 Sdn Bhd

Atau syarikat dia yang lain...

Semua syarikat atas namanya dan isteri menunjukkan prestasi tidak bagus. Dan berhutang

Akademi sendiri turun naik...

 

Belum masuk kisah penipuan dalam MLM atau skim cepat kayanya melalui Forex yang telah disenarai hitamkan oleh Bank Negara. Itulah Dato’ Noorul Ariffin Abdul Majeed yang kononnya telah melalui tapisan yang kuat oleh Menteri Belia dan Sukan. Bagaimana agaknya tapisan Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan itu?

Apa akan jadi pada dana RM3 juta Yakeb? Apakah dana ini bakal disedut oleh kaki penipu Dato’ Noorul Ariffin? 

Kenapa Syed Saddiq tidak pernah menyemak pencapaian terbaik Dato’ penipu itu dalam Yayasan.

Cuba lihat Yayasan miliknya Yayasan Septronic beliau sebagai Pengerusinya ditubuh sejak 17 Januari 2013, ada banyak wangkah? Ke semua kerja-kerja ‘pau’ beliau sebelum ini dimasukkan ke akaun lain? Yayasan Septronic tu nak mampus serta terabai. Sebab apa? kerana tidak memperolehi dana luar. 

Yakeb ditanggung kerajaan dan Syed Saddiq berbangga dengan program kebajikannya melalui Yakeb tetapi apakah hasilnya sekarang? Terjagakan kebajikan atlet?

Yayasan sendiri pun melingkup..Lagi mahu cari wang di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan. 
Ini semua nak jawatan dan perhabis wang saja

Syed Saddiq tidak wajar tertipu dengan ‘game’ Dato’ mamak penipu Noorul Ariffin ini. Dia hanya mahu menggunakan kedudukannya sebagai bekas atlet  untuk memperalat Yakeb ‘pau’ mana-mana pihak. Tidak percaya kita lihat dana RM3 juta ini habis dibelanjakan ke mana. Selepas itu Noorul ini akan minta lagi dana lain. 

Sebagaimana syarikatnya yang lain lingkup...Yakeb ni juga diramal akan terus lingkup dibawahnya. Itulah kebanggaan Syed Saddiq kepada Dato' 'Kaki Penipu' untuk mengurus dana KBS ini.

Walauapa cara akan bawa BTS 'Gay' ke Malaysia

Paling tak tahan adalah semangat Syed Saddiq untuk membawa kumpulan K-POP Korea terkenal BTS yang dihalang di Jerman sebagai kumpulan Gay. Hujahnya untuk mahu nombor 1 berbanding Singapura bagi acara hiburan selain menguntungkan Perbadanan Stadium yang di Pengerusinya Tan Sri Tony Fernandes. Syed Saddiq dan Tony Fernendes pemilik Air Asia itu akan bersekongkol membawa BTS walau berapapun kos perlu ditanggung menggunakan wang rakyat. Sekalipun dibantah artis tempatan serta parti Amanah PH Syed Saddiq tak kisah asalkan BTS gay kegemarannya datang Malaysia.

Syed Saddiq mengaku usahanya dengan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes sedang dalam peringkat 'Kawtim'

“Saya telah berjumpa dengan promoter yang berkaitan dengan BTS dan kita sudah di peringkat perbincangan.

“Usaha kami adalah untuk memastikan BTS datang pada tahun 2020, Tahun Melawat Malaysia,” katanya pada sidang media khas sempena Setahun PH di Kementerian Belia dan Sukan baru -baru ini.

Dahlah kena tipu Dato' 'Kaki Penipu' kini nak sedut wang rakyat untuk konsert BTS gay bersama Tony Fernandes..
 

 

By Bekas Pegawai Kanan KBS

 

5 Comments