Apabila isteri Pairin, Genevieve Lee pilih sahabat baiknya Linda Tsen calon PBS PRK Sandakan
07:04 Apr 27, 2019  |  By SabahKini2
Apabila isteri Pairin, Genevieve Lee pilih sahabat baiknya Linda Tsen calon PBS PRK Sandakan

Mahu pilih siapa? Vivion Wong mahu sambung kerja bapa bekas MP DAP Sandakan, Datuk Linda Tsen mahu sambung kerja suami bekas MP Batu Sapi. Atau pilih calon pilihan sahabat baik isteri Tan Sri Pairin Kitingan?

Sebenarnya rakyat Sabah sudah bosan dengan sistem mewariskan kerusi Parlimen atau Dun kepada ahli keluarga jika berlaku pilihanraya.

Nampaknya sistem pewarisan secara nepotisme ini tidak pernah berakhir sama ada pada parti Barisan Nasional, Pakatan Harapan seperti DAP dan PKR juga Parti Bersatu Sabah (PBS- dulu BN).

Oktober tahun 2010 BN meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin balu Datuk Edmund Chong Ket Wah sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November 2010.

Ya dia menang atas dasar pengaruh bekas suaminya sehingga dia menjadi MP dua penggal di Batu Sapi. Namun apa dia buat di Batu Sapi? Selain gagal fasih berbahasa Malaysia dengan betul, tergagap-gagap di Dewan Rakyat membahaskan sesuatu sehinggalah PRU14 Linda tewas dengan Datuk VK Liew (Warisan).

Mewariskan jawatan tanpa bakat kepimpinan tidak akan mengekalkan seseorang itu sebagai pemimpin. Rakyat akan menilai prestasinya. Rakyat tidak hanya bergantung kepada penilaian ‘kasihan’ jika prestasi pemimpin tak bagus. Datuk Maximus sendiri pernah hampir tewas di Kota Marudu dengan majoriti yang sedikit gara-gara kerja yang kurang bagus di Kota Marudu.

Jadi menjadi sesuatu yang musykil apabila kepimpinan PBS memilih Datin Linda Tsen Thau Lin balu Datuk Edmund Chong Ket Wah semula namun kini di Parlimen Sandakan yang tewas di Parlimen Batu Sapi.

Isteri Pairin Kitingan tentukan Datin Linda Tsen Thau Lin

Sekalipun Linda Tsen Thau Lin adalah Naib Presiden PBS tetapi bukan alasan mudah beliau dipilih. Tentunya PBS juga mempunya calon muda berbangsa tiong hua yang boleh memimpin di Sandakan.

Maximus diarah Pairin pilih Linda Tsen kerana pilihan Puan Sri Genevieve Lee

Memilih Linda calon 'recycle' adalah satu perbuatan ‘bunuh diri’ buat PBS. Sekalipun Linda adalah kawan baik Puan Sri Genevieve Lee isteri Tan Sri Pairin Kitingan tetapi ia tidak wajar Maximus Ongkili mengikut perintah Pairin memilih calon PBS Linda Tsen.

Sumber mendedahkan Puan Sri Genevieve Lee menggunakan pengaruh suaminya Tan Sri Pairin agar tidak memilih calon lain melainkan Linda Tsen. Kuat sungguh Tan Sri Pairin dalam PBS sebagai penentu, Presidennya Maximus pun tak boleh melangkaui keputusan Pairin.

Ini adalah satu keburukan yang masih ada dalam sistem PBS. Sekalipun Pairin tiada dalam struktur PBS tetapi tetap berkuasa menentukan hal ehwal parti. Jika PBS tidak menghentikan sistem ini PBS tidak akan relevan pada masa depan.

Sistem 'Warisan' Menjengkelkan

Sebenarnya apa yang berlaku di PRK Sandakan sangat ‘menjengkelkan’. Sikit-sikit kalau bapa atau keluarga sebagai wakil rakyat meninggal dunia ganti keluarga sendiri.

 

Mahu sambung kerja bapa konon!

Anak emak jadi wakil rakyat

Begitu juga pada DAP. Lihat saja Vivian Wong anak Stephen Wong yang ‘setengah masak’ dan masih berkepit dengan emak tetapi ada nafsu besar mahu menjaga rakyat. Buat keputusan menjadi wakil rakyat pun emak tentukan. Lepas ni bila jadi wakil rakyat, tuntutan rakyat entah ke mana.

Agaknya cara merajuk begini menyebabkan Vivian Wong dipilih calon DAP

Jadi siapa pilihan rakyat? DAP dilihat parti kuat ‘mengencing’. Janji mereka memang janji tak boleh pakai. Sekalipun DAP dua penggal di Sandakan, Sandakan tetap buruk juga. Pengumuman peruntukan Lim Guan Eng di Sandakan hanyalah sebagai gula-gula. Lantaran tu peruntukan yang diluluskan zaman BN RMK11 seperti Naik Taraf Lapangan Terbang Sandakan pun Lim Guan Eng claim sebagai usahanya 

Percayalah kalau rakyat Sandakan mahu peruntukan yang diumumkan oleh tokong Lim Guan Eng itu dilaksanakan sila undi selain DAP. Pilih selain DAP maka kerajaan akan tertekan untuk terus beri projek. Lagi rakyat tak undi lagi peruntukan akan dapat.

Rakyat Sandakan dapat lihat sendiri. Apa Stephen Wong buat ketika berkuasa? Malah ketika menjadi Menteri Kesihatan Sabah. Tiada apa!. Hanya protes akan percepatkan pembangunan di satu kawasan.

Kalau boleh 25 kawasan Parlimen di Sabah ada PRK supaya pengumuman peruntukan berbilion tu diumum cepat kepada kawasan oleh Lim Guan Eng. Lebih banyak PRK lebih banyak projek masuk ke kawasan.

Tapi jika rakyat Sandakan mahu memilih PBS sebagai pilihan ia masih terpulang kepada rakyat kerana 'Asal Bukan DAP'.

 

 

9 Comments