Dua Pembantu Menteri Warisan tewas: Norazlinah “Anak Emak” dan Jenifer “Sipemuak Rakyat’
07:05 May 08, 2019  |  By SabahKini2
Dua Pembantu Menteri Warisan tewas: Norazlinah “Anak Emak” dan Jenifer “Sipemuak Rakyat’

Ada jawatan dalam kabinet atau punya wang tidak menjanjikan kemenangan dalam parti. Sikap sombong, kronisme dan nepotisme serta sukar ditemui rakyat pastinya menjadi penyebab kekalahan seseorang wakil rakyat.

PENAMPANG: Ketua Wanita Warisan Bahagian Kudat Siti Aminah Jabarhan memenangi jawatan ketua Wanita Warisan Negeri dalam Pemilihan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan Sabah pada Sabtu.

Beliau menewaskan dua calon pencabar iaitu Adun Kunak Norazlinah Arif yang juga Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat serta Norfaiza Chua dari Kuamut, Sandakan.

Sementara, timbalan ketua Wanita Warisan Negeri pula disandang oleh Mary Juney yang menumbangkan calon pencabarnya, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang yang juga Adun Moyog.

Kenapa agaknya calon yang mempunyai jawatan dalam kabinet negeri seperti Norazlinah Arif dan Jenifer Lasimbang boleh tewas?

Yang Berhormat sombong dan tidak buat kerja

Kekalahan Adun Kunak Norazlinah Arif Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dan Jenifer Lasimbang Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi memberi mesej kepada wakil rakyat Warisan jika mereka malas berkhidmat untuk rakyat dan bersikap sombong mereka bukan saja akan kalah di bahagian tetapi juga dalam pilihanraya nanti.

Mereka menang dalam PRU 14 hanyalah untuk mengisi kekosongan atas penolakan calon BN sebelum ini di kawasan. Namun pastinya suasana akan berbeza dalam PRU ke 15 nanti.

Anak emak dan keluarga monopoli jawatan dan projek

Pihak portal Sabahkini2 menerima satu aduan berkenaan YB Norazlinah Arif Adun Kunak yang terlalu menjadi ‘Anak Emak’ dalam politik. Semua urusan politik dan parti ditentukan oleh emaknya. Rakyat dikatakan sukar bertemu dengan Norazlinah kerana dilarang oleh ibunya,

“... masyarakat kunak mengeluh dimana rakyat sukar bertemu YB Kunak ini sebab ahli keluarga YB melarang rakyat bertemu terutama ibu YB ini.

“Majoriti Ahli Majlis Daerah Kunak adalah kaum keluarganya termasuk pelantikan PPM yang lama bersembunyi di Semenanjung (10 tahun) kembali ke Kunak sebagai PPM.

Bekas Pusher Ubat Batuk dilantik PPM Kunak. Bapa saudara Adun Kunak

Menurut sumber Bahri B Lakile bapa saudara Norazlinah dilantik sebagai PPM Kunak.

Nepotisme dan kronisme Adun Kunak ini adalah satu faktor kekalahan Norazlinah bertanding Ketua Wanita Warisan. Sikapnya dicerminkan di bahagian yang akhirnya menutup ruang peluangnya sedangkan beliau sebagai Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat beliau boleh pusing satu Sabah bertemu rakyat serta bahagian Warisan di kawasan lain. Namun beliau gagal memanfaatka kedudukannya.

Asyik minum dan rancang sesama kroni. Kerja dan aduan rakyat tak buat

Turut dilaporkan ialah sikap tamak Adun sehingga membolot semua peruntukan kawasan untuk keluarga dan kroninya sahaja.

 

Jenifer Lasimbang yang juga Adun Moyog ‘Mulut Longkang’

Bagi Jenifer Lasimbang kekalahannya tidak menghairankan. Kisah “Anak-anak Lasimbang’ berjawatan Pembantu Menteri pemalas, biadap dan Samseng! Bukan baru di Penampang.

Baru-baru ini tular tulisan dan luahan hati Jenifer Adun Moyog Pembantu Menteri Kepada Kementerian Pelajaran Dan Inovasi di laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp yang tidak sepatutnya keluar dari seorang pemimpin.

Netizen mengecam kenyataan pembantu Menteri ini. Mereka saran kalau dah malas baik berhenti

Kata Jenifer  “Getting sick and tired of getting phone calls; WhatsApp and emails from PARENTS asking me to look for a job for their children – unemployed GRADUATES!” terjemahannya “Sudah muak dan penat mendapat panggilan telefon, whatsapp, dan emel daripada ibu bapa meminta saya mencari kerja untuk anak-anak mereka – Mahasiswa menganggur”

Oleh itu kekalahannya merebut jawatan Timbalan Ketua Wanita Warisan sudah dijangka. Nampaknya jawatan Pembantu Menteri Kepada Kementerian Pelajaran Dan Inovasi juga tidak dapat menolongnya.

Begitu juga kisah kakaknya Jannie Lasimbang dari DAP yang kaki samseng. Bolehlah baca siapa adik-beradik anak Lasimbang ini di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN- “Anak-anak Lasimbang’ Pembantu Menteri pemalas, biadap dan Samseng!- Netizen Penampang ]

 “Anak-anak Lasimbang’ Pembantu Menteri pemalas, biadap dan Samseng!- Netizen Penampang

Pemilihan Warisan kali ini sekalipun dicemari oleh politik wang satu perkara yang jelas. Pemimpin yang berjawatan bertaraf Menteri Persekutuan, Menteri Kabinet Negeri, pembantu menteri malah Pengarah Agensi Negeri pun tewas. Pemimpin mungkin boleh membeli orang dan menggunakan jawatan tetapi jika rakyat tidak suka maka mereka akan tetap kalah. Rakyat kini semakin cerdik semua janji-janji PH 'dicapati'.

43 Comments