Anwar Ibrahim setuju PH beri dokumen kepada PTI tinggal lama di Sabah
09:05 May 08, 2019  |  By SabahKini2
Anwar Ibrahim setuju PH beri dokumen kepada PTI tinggal lama di Sabah

Selepas usaha Kerajaan Warisan utamakan PTI, Christina Hadikusumo untuk anak tanpa negara melalui perkahwinan kini Anwar Ibrahim menyeru PH beri dokumen kepada PTI tinggal berdekad di Sabah.

SANDAKAN- Tidak cukup dengan apa yang dilakukan setahun oleh Kerajaan Warisan memberi keutamaan kepada pendatang asing di Negeri Sabah kini Presiden PKR Anwar Ibrahim pula menyokong usaha pemberikan dokumen kepada PTI di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- 7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan? ]

Dalam ceramah kempennya di Sandakan beliau berkata Pakatan Harapan akan meneruskan dasar pemberian dokumentasi kepada pendatang yang tinggal di Sabah selama beberapa dekad, katanya.

“Orang tanpa kerakyatan dan pendatang yang menetap di negeri ini selama beberapa dekad harus diberi dokumen atau IC” katanya ketika melakukan walkabout di bandar Sandakan sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Sabtu ini.

Menurut Jabatan Imigresen Negeri, warga asing membentuk satu pertiga atau kira-kira 1.15 juta daripada 3.9 juta penduduk Sabah dan kira-kira 70% warga asing adalah pendatang tanpa izin.

Ahli politik Sabah telah melahirkan rasa bimbang berhubung kemasukan pendatang tanpa izin ke negeri ini yang menyebabkan ramai penduduk tempatan takut sekiranya ia akan mengubah komposisi demografi Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Saya suarakan kebimbangan rakyat Sabah bukan serang Kerajaan Warisan- Hajiji ]

Kebanyakan pendatang tanpa izin datang ke Sabah selepas rusuhan awam di selatan Filipina pada 1970-an yang memegang dokumen IMM13.

Terbaru Datuk Christina Liew (Dulu warganegara Indonesia atas nama Christina Hadikusumo) Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata Kerajaan Sabah akan memberi dokumen kepada 'Anak Tanpa Negara' melalui perkahwinan PTI sebelum ini. Sama ada bapa atau ibu adalah berasal dari Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan kata Christina Liew]

'Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan kata Christina Liew

Pada 1990-an terdapat tuduhan bahawa kerajaan persekutuan cuba menjadikan pendatang sebagai rakyat Malaysia melalui cara meragukan seperti Projek IC yang menimbulkan kontroversi.

Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Datuk Madius Tangau Timbalan Ketua Menteri Sabah dan UPKO yang mengecam kuat Dr Mahathir berhubung Projek IC sebelum PRU ke 14 lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah tidak akan lupa Projek IC Mahathir- Madius Tangau UPKO ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Maafkan Dr Mahathir walau dia bersalah kerana projek IC- Shafie Apdal ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Projek IC mudahnya DAP memaafkan Mahathir - UPKO ]

Projek IC mudahnya DAP memaafkan Mahathir - UPKO

 

39 Comments