Isteri tikam kemaluan skandal suami dipenjara 8 tahun, suami penjara 7 minggu 'main' isteri orang
23:05 May 11, 2019  |  By SabahKini2
Isteri tikam kemaluan skandal suami dipenjara 8 tahun, suami penjara 7 minggu 'main' isteri orang

Gara-gara 'threesome' isteri dan skandal tidak menjadi kerana tikaman akhirnya isteri dipenjara 8 tahun dan suami dipenjara 7 bulan kerana seks dengan isteri orang lain

SIBU: Seorang pelayan kedai kopi berusia 46 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan serius pada alat sulit seorang wanita pada 24 Mac lalu.

Ting Hai Hua dari Kapit mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan dihadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sibu Stella Augustine Druce.

Wanita itu mengaku secara sukarela menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa, 34 tahun, dengan menggunakan sebilah pisau di sebuah bilik sewa di Lorong Lajong antara pukul 8 malam dan 9.30 malam.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 24 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Heng Yi Min manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Sementara itu, suami tertuduh, Maram Mebang, 29, dari Kapit dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengadakan perhubungan seks dengan wanita lain yang sudah berkahwin.

Dia didakwa kerana cuba memikat atau mempengaruhi seorang wanita yang sudah berkahwin dengan niat untuk melakukan hubungan seksual dengannya di bilik sewa, Lorong Lajong antara pukul 8 malam dan 9.30 malam pada 24 Mac.

Lelaki yang bekerja sebagai kelindan lori itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang juga tidak diwakili peguam diarahkan menjalani hukuman itu berkuat kuasa hari ini.

Sebelum kejadian, tertuduh bersama suaminya dan mangsa berada di dalam bilik dan selepas menikam mangsa, Ting melarikan diri. 

Tertuduh menikam mangsa kerana disebabkan perasaan cemburu selepas mangsa mengadakan hubungan seks dengan suaminya.

Mengikut fakta kes, pada 24 Mac kira-kira pukul 10.50 malam, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu yang diketuai oleh ASP Mohd Fazirul dikerahkan ke tempat kejadian di Lorong Lajong utuk menjalankan siasatan.

Pasukan polis memberkas Ting serta menjumpai pisau kecil yang dipercayai senjata digunakan tertuduh berhampiran bahagian dapur.

Siasatan mendedahkan tertuduh telah menikam mangsa menggunakan pisau antara 8 malam dan jam 9.30 malam pada 24 Mac di tempat kejadian.

Sebelum ini dilaporkan gara-gara 'threesome' akhirnya kes ini sebuah skandal seks dan cemburu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Gara-gara 'threesome' isteri pertama cemburu tikam alat sulit 'isteri kedua' ]

Gara-gara 'threesome' isteri pertama cemburu tikam alat sulit 'isteri kedua'

3 Comments