Skandal Bazar Ramadhan: UPPM lapor polis, pemuda tampil dedah kebenaran
11:05 May 12, 2019  |  By SabahKini2
Skandal Bazar Ramadhan: UPPM lapor polis, pemuda tampil dedah kebenaran

UPPM lapor polis, pengadu juga lapor polis.

KOTA KINABALU: Pejabat Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Karambunai membuat laporan polis berkaitan dakwaan laporan portal ini mengenai berlakunya Skandal Bazar Ramadhan Kingfisher melibatkan UPPM, Pegawai DBKK dan Adun Karambunai 5 Mei (Ahad) lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal Bazar Ramadhan Kingfisher, SPRM perlu siasat libatkan UPPM, Adun Karambunai dan DBKK ]

Portal Sabahkini2 sebelum ini merujuk kepada aduan yang tular dalam media sosial selain emel aduan yang dihantar oleh pihak berkaitan memohon perkara ini dihebahkan kerana pihak peniaga merasa ditindas dan aduan mereka di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu tidak diambil tindakan malah pegawai DBKK memaklumkan terdapat skandal Pegawai UPPM Karambunai yang memajak lot bazar ramadhan menggunakan surat sokongan Adun Karambunai untuk merai keuntungan berlipat ganda.


Dalam kenyataan PPM N12 Karambunai, Zulkeflee Abu Bakar yang dilaporkan portal Sabahnewstoday.com menafikan beliau  terlibat dalam menentukan harga serta lot tapak bazaar Ramadan Kingfisher Likas bagi tujuan mengaut keuntungan segera seperti yang ditularkan dalam laman sosial media

Beliau juga menegaskan isterinya ‘Erah Abdul’ tidak terlibat dalam sebarang urusan pentadbiran di pejabat UPPM N.12 Karambunai termasuk menentukan harga dan lot tapak bazaar berkenaan.

“Kami dimaklumkan bahawa tuduhan palsu ini yang telah disebarkan melalui dua pemilik akuan Facebook dikenali sebagai Bravo Oscar Yankee Shyazreen dan Awangku Julhairi Awangku Ibrahim sekaligus disiarkan dalam blog Sabahkini2.

“Kita mahu pihak polis serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas kepada Blog Sabahkini2 yang dilihat telah menjejaskan imej serta reputasi Adun Karambunai serta saya sendiri selaku pentadbir dalam unit PPM dalam Dun Karambunai” katanya.

Portal Sabahkini2 sebelum ini merujuk serta memetik hantaran facebook Bravo Oscar Yankee Shyazreen, Awangku Julhairi Awangku Ibrahim dan Faisal Mohd serta komen-komen pelbagai pihak dari isu bazar ramadhan itu.

Bagaimanapun Zulkeflee Abu Bakar UPPM Karambunai dalam kenyataannya tidak pula melaporkan tuduhan Pegawai DBKK sebagai fitnah yang mengaitkan nama UPPM dan Adun Karambunai itu.

Bravo Oscar Yankee Shyazreen dalam hantaran facebook terbarunya hari ini bangkit melawan dan bersedia memberi keterangan kepada polis. Beliau turut melaporkan polis berhubung laporan portal Sabahnewstoday itu dengan hastag #JanganHalangSuaraRakyat #RakyatMarhaen

“Maafkan saya jika kenyataan saya salah....saya serahkan kepada pihak polis diraja malaysia....selagi kebenaran itu ada saya akan pertahankan.....saya sedia memberikan keterangan. katanya.

 

Pihak polis dan SPRM wajar menyiasat dakwaan skandal bazar ramadhan mengaut untung ini. Jika benar pegawai DBKK dan UPPM Karambunai terlibat atau sesiapa juga agen yang menggunakan nama UPPM sepatutnya disiasat dan bukan melaporkan dakwaan rakyat sebagai fitnah atau tidak benar. "Pokok tidak bergoyang jika tiada angin bertiup". 

Dengan laporan polis Zulkeflee bersama kakitangan UPPM Dun Karambunai pelbagai pihak berharap pegawai DBKK tampil membuat kenyataan media bahawa adakah benar UPPM dan surat sokongan Datuk Azhar Matusin itu digunakan dalam skandal bazar ramadhan di Kingfisher malah di tempat lain seperti Likas dan Indah Permai itu didedahkan.

Begitu juga pihak-pihak tertentu khususnya para peniaga yang mengadu ditindas tampil memberikan bukti-bukti untuk mengheret pegawai DBKK dan UPPM Karambunai.

4 Comments