Status FB biadap bulan ramadhan pembantu menteri 'hilang selera wehh' dikutuk rakyat
20:05 May 12, 2019  |  By SabahKini2
Status FB biadap bulan ramadhan pembantu menteri  'hilang selera wehh' dikutuk rakyat

Apa didedah sikap sombong dan bongkaknya sebagai YB, beliau menafi dan mengugut melaporkan pihak berkuasa tetapi beliau sendiri buat kenyataan FB bodoh dan biadap mengutuk pemimpin lain. Lihat sendiri sikapnya sebagai Wakil Rakyat Kunak!

Adun Kunak, Norazlinah Binti Hj Arif yang tewas Ketua Wanita Warisan membuat kenyataan media menafikan laporan portal Sabahkini2 satu pembohongan, fitnah serta berniat jahat yang bertujuan menjatuhkan reputasinya sebagai Pembantu Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan pegawainya Bahri bin Lakile pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakatnya.

Anda boleh memeriksa sendiri dalam kepimpinan wanita Warisan di Kunak sejauh mana YB Norazlinah Binti Hj Arif ini ‘Anak Emak’ bekerja dan bersikap buruk. Wanita Warisan sendiri melihat kekalahannya adalah kerana sikap buruknya selaku pemimpin.

Terbaru warganet boleh melihat sendiri hantaran facebook peribadinya yang bersikap buruk kepada orang lain. Sekalipun dia membenci bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib selaku wakil rakyat dia tidak wajar membuat kenyataan tidak sepadan dengan dirinya apatah lagi dibulan ramadhan yang mulia ini.

Bagaimanapun beliau terpaksa memadam tulisannya apabila dikecam netizen.Kenapa padam?

“Semalam tengah minum-minum ko datang kedai yang sama, sahur ni ko datang tempat yang sama jugak, kacau betullah, hilang selera wehh!!!”. katanya

90 peratus komen-komen dalam facebooknya mengecam sikap tidak profesional seorang wakil rakyat baru itu.

“Saya rasa YB kena profesional, sama dengan profesion selaku Yang Berhormat.” kata Syamsul Maarif Suardi dalam facebooknya.

Selebihnya warganet boleh membaca sendiri komen-komen terhadap YB baru ini. Apakah YB Kunak ini akan meminta maaf dengan dengan kenyataan bodohnya? Sama-sama tunggu.

 

 

 

Untuk tidak menghampakan Adun Kunak itu kita paparkan Kenyataan medianya yang boleh dibaca dalam hantaran facebook rasminya bertarikh 8 Mei lalu. Selepas itu anda boleh nilaikan sendiri sikapnya.

3 Comments