Kecewa kalah, tertekan suami 'kaki cemburu' jadikan pembantu menteri Warisan kontroversi?
08:05 May 15, 2019  |  By SabahKini2
Kecewa kalah, tertekan suami 'kaki cemburu' jadikan pembantu menteri Warisan kontroversi?

Bila suami jenis cemburu dan campurtangan kerja isteri apa kerja pun susah nak buat

Selepas kontroversi kerana luahan penat mengurus rakyat kini tular pula Adun Moyong kecewa kalah bertanding wanita Warisan sehingga menutup pejabat adunnya. Juga dakwaan suaminya Ben Mansul jenis 'kaki cemburu' dan campur tangan kerja isteri.Benarkah?

PENAMPANG: Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang menjelaskan mesej Whatsapp yang tular kerana kecewa Timbalan Ketua Wanita Warisan hanyalah tatapan staf Pejabat Adun Moyog sahaja.

“Mesej tersebut dibocorkan ke dunia maya oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

 

Dalam mesej whatsapp yang tular Jenifer kecewa selepas kalah hanya beberapa orang sahaja stafnya yang memberi sokogan moral.

“Lepas tidak menang, hanya 2/3 yang hantar mesej untuk memberikan saya semangat. Saya dengan ini memberikan semua staff cuti sehingga dimaklumkan kelak. Pejabat DUN juga ditutup sehingga diberitahu”. katanya

Bagaimanapun Jenifer menafikan Pejabat Adun Moyog ditutup kerana beliau kecewa. Jenifer menjelaskan penutupan Pejabat Adun Moyog telah lama dirancang kerana beliau bercadang beroperasi melalui Pejabat Adun Bergerak.

“Ianya sudah bermain di fikiran saya agak lama kerana saya berpendapat lebih mudah bagi saya berkhidmat kepada rakyat di kawasan Moyog melalui Pejabat Adun Bergerak,” katanya.

Jenifer melaporkan mempunyai enam staf di Pejabat Adun Moyog dan 10 lagi di pejabat UPPM Moyog.

Dalam satu hantaran facebook “Bangsa Sabah’ mendedahkan YB Moyog menghadapi tekanan kerana suaminya jenis cemburu membuta tuli.

“..Menurut sumber yang boleh di percayai Suami YB Moyog Iaitu Ben Mansul pernah sekali ingin menampar YB Moyog di hadapan pegawai pegawainya, suaminya juga sangat-sangat cemburu terhadap kejayaan isterinya, apabila beliau yang memang bercita cita untuk menjadi YB tidak kesampaian. Ben Mansul juga sering membuat kecoh dan memburukkan keadaan dengan menguris hati MP Penampang Darell leiking.”

Komen-komen dalam laman sosial berpendapat tekanan Jenifer ini memungkinkan tindak tanduknya sebagai wakil rakyat tidak menentu dan sentiasa kontroversi.

 

[ARTIKEL BERKAITAN- “Anak-anak Lasimbang’ Pembantu Menteri pemalas, biadap dan Samseng!- Netizen Penampang ]

 

 

 

 

2 Comments