Saya akan suruh SB bawa plakad untuk perkenal diri sindir IGP kepada Warisan
10:05 May 15, 2019  |  By SabahKini2
Saya akan suruh SB bawa plakad untuk perkenal diri sindir IGP kepada Warisan

susulan Junz Wong mahu anggota polis Cawangan Khas (SB) perlu memperkenalkan diri hadir program Warisan, IGP menyindir akan suruh SB bawa plakad perkenal diri.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador hari ini memperlekehkan permintaan Warisan supaya anggota polis Cawangan Khas (SB) supaya memperkenalkan diri ketika menghadiri majlis yang dianjurkan parti itu, mengatakan polis akan terus melaksanakan tugasnya dan tidak mahu membuat isu berhubung perkara itu.

“Mungkin saya akan suruh orang saya membawa plakad untuk memperkenalkan diri mereka sebagai polis,” katanya ketika ditanya adakah beliau bersetuju dengan permintaan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan tugas kepada timbalannya, Mazlan Mansor.

Semalam, Naib Presiden Warisan Junz Wong mahu anggota SB yang menghadiri acara parti itu atau kerajaan, terlebih dahulu memperkenalkan diri.

[ARTIKEL BERKAITAN- SB perlu perkenalkan diri hadir majlis kami kata Naib Presiden Warisan ]

SB perlu perkenalkan diri hadir majlis kami kata Naib Presiden Warisan

Apabila ditanya sama ada anggota SB perlu perkenalkan diri mereka seperti itu, Hamid, yang merupakan bekas ketua SB, berkata polis akan meneruskan tugas mereka seperti biasa.

“Dalam sejarah polis, tidak ada kesukaran dalam menjalankan tugas di mana-mana majlis pun,” katanya.

 

7 Comments