Apa agenda abang Pengerusi Bersatu Johor menggesa Zahid Hamidi terus bercuti?
21:05 May 20, 2019  |  By SabahKini2
Apa agenda abang Pengerusi Bersatu Johor menggesa Zahid Hamidi terus bercuti?

Apa agenda Maulizan abang Pengerusi Bersatu Johor? UMNO tidak mempunyai masalah dalaman sekarang sebaliknya kecelaruan berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) yang memerintah ketika ini. Apa perlunya sekarang?

Kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO belum dibincangkan di peringkat tertinggi parti itu, dan ketika ini beliau masih presiden yang sedang bercuti.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan pihak Ketua Umno Tebrau, Maulizan Bujang yang juga abang Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor meminta agar Ahmad Zahid meninggalkan UMNO terus hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili keseluruhan pemimpin tertinggi parti itu

Ujarnya, Ahmad Zahid masih Presiden UMNO tetapi menyerahkan tugas-tugas Presiden kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan sejak lima bulan lalu bagi mengukuhkan semula parti di peringkat akar umbi.

"Datuk Seri Zahid kembali dia adalah Presiden. Dia tidak berkurang pun dari segi kedudukannya, dia hanya bercuti." Jadi, tidak timbul soal nak bawa dia balik atau tidak. Ini soalnya atas pada Datuk Seri Zahid sama ada dia mahu kembali daripada bercuti ataupun tidak kerana dia tidak hilang jawatan apa-apa, dia masih lagi Presiden UMNO," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini ada pihak mendesak Datuk Zahid agar terus meninggalkan UMNO kerana dilihat gagal menerajui parti selepas 17 ahli parlimennya bertindak keluar parti.

Beliau juga dinasihatkan bercuti kerana sedang berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah.

Pada masa sama, Asyraf Wajdi berkata, UMNO tidak mempunyai masalah dalaman sebaliknya meminta rakyat menilai kecelaruan yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) yang memerintah ketika ini.

Kenyataan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang yang menyarankan Ahmad Zahid terus bercuti dan tidak mengambil semula tugas sebagai presiden parti itu nampaknya mempunyai agenda tertentu memandangnya adiknya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Johor. Apa rancangan mereka dan siapa dalang?

Mengapa perlu dicadangkan perkara itu sedangkan UMNO sekarang tiada masalah, yang bermasalah adalah Bersatu dan Pakatan Harapan. Langkah Maulizan tidak kena pada masa dan tempat. Beliau sepatutnya mengukuhkan kedudukan UMNO Johor.

3 Comments