PH umum tiada ‘duit raya’ peneroka FELDA hanya biasiswa RM11.48 juta kepada pelajar Palestin
01:05 May 23, 2019  |  By SabahKini2
PH umum tiada ‘duit raya’ peneroka FELDA hanya  biasiswa RM11.48 juta kepada pelajar Palestin

Tiada ‘duit raya’ kepada 112,635 peneroka FELDA kerana beri duit raya tiada manfaat kepada peneroka. Tapi biasiswa kepada pelajar palestin PH luluskan

GOMBAK: Kerajaan tidak akan memberi ‘duit raya’ kepada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara pada tahun ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keutamaan kerajaan kini ialah untuk memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri.

Beliau menjelaskan, kerajaan tidak berupaya memberikan sebarang janji dalam mengumumkan ‘duit raya’ kepada peneroka seperti amalan yang dilaksanakan sejak 2011, bagi memastikan setiap perbelanjaan menepati matlamat jangka panjang dan lestari.

“Saya tidak mahu berikan sebarang janji beri duit raya kepada peneroka FELDA kerana untuk dapatkan RM6.23 bilion pun perkara yang amat besar bagi kerajaan susulan kedudukan kewangan negara.

“Selain itu, kita enggan peruntukkan perbelanjaan yang tidak dapat beri manfaat kepada peneroka,” katanya kepada pemberita selepas Iftar Perdana dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada 500 penerima daripada golongan miskin di Gombak Setia di sini, hari ini.

“Menerusi pertemuan dengan peneroka di Jempol, sambutan sangat positif kerana yakin kerajaan komited untuk bantu mereka, khususnya dalam menyelesaikan isu pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil,” katanya.

Biasiswa untuk Pelajar Palestin

Sementara itu Kerajaan PH melalui pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan memutuskan untuk menawarkan biasiswa buat pelajar-pelajar dari Palestin meneruskan pengajian mereka di peringkat sarjana muda, sarjana dan Phd di 12 universiti ternama di Malaysia.

Biasiswa yang bernilai RM11.48 juta itu akan ditawarkan menerusi Pertubuhan Kebudayaah Palestin Malaysia (PCOM).

Pengumuman itu dibuat di Puspanitapuri, di sini hari ini, sejurus selepas majlis Iftar anjuran PCOM yang turut dihadiri oleh isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas pengerusi Hamas Khalid Meshaal dan Pengerusi PCOM Muslim Abu Umar.

 

 

7 Comments