Sindiket dokumen 'Projek IC' didalangi pemimpin Warisan didedahkan, mengapa tak dakwa mereka?
19:05 May 23, 2019  |  By SabahKini2
Sindiket dokumen 'Projek IC' didalangi pemimpin Warisan didedahkan, mengapa tak dakwa mereka?

Hari ini kecoh dan tular mengenai dokumen berlogokan JPN dan parti Warisan. Ia bukan isu baru tetapi kesinambungan isu sebelum ini. Dalangnya dari pemimpin dan ahli Warisan sendiri. Mengapa tak tangkap dan dakwa?

Kerajaan Negeri Sabah sekali lagi menafikan Parti Warisan Sabah (WARISAN) memberikan kad pengenalan kepada rakyat Sabah yang tidak berdokumen atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

Parti Warisan Sabah (Warisan) Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua, Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara ketiga-tiga mereka dalam kenyataan media menafikan terlibat dengan Pengeluaran borang berlogokan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tertera lambang Parti Warisan Sabah (WARISAN) telah tular di media sosial hari ini.

Loretto Padua mengecam pihak yang mengaitkan dengan Parti Warisan terlibat dengan projek IC.

“Warisan sejak dari awal lagi mengecam tindakan sesetengah pihak yang bertindak menyalahi undang-undang dengan memberikan Mykad kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI),” katanya.

Sementara itu Datuk Azis Jamman mendakwa wujud sindiket menggunakan borang palsu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tertera lambang Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dijual kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi memohon dokumen pengenalan diri,

“Saya mengesahkan bahawa tiada program pendaftaran PATI dilakukan kementerian melalui agensinya sama ada Jabatan Imigresen atau JPN.

“Sindiket terbabit dipercayai mengambil kesempatan terhadap warga asing yang sanggup membeli borang itu kerana terdesak tanpa mengetahui mereka ditipu’ katanya dalam satu kenyataan

Mohd Azis yang juga Ketua Wira WARISAN menafikan pembabitan parti itu dalam mengeluarkan sebarang borang kepada PATI untuk memohon dokumen tertentu daripada kerajaan.

Jabatan Pendaftaran Negara dalam kenyataan media dikeluarkan hari ini berkata beberapa keping gambar borang permohonan yang disebarkan adalah bukan dokumen rasmi yang dikeluarkan dan digunakan JPN bagi tujuan pendaftaran.

Kata jabatan itu, satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara itu dan JPN juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkepentingan lain bagi menjalankan siasatan lanjut.

 

Sindiket Projek IC- Pemimpin kanan Warisan

Sindiket yang dikaitkan dengan Parti Warisan Sabah itu bukan baru kerana modus operandinya lebih kurang sama iaitu didalangi oleh pemimpin atau ahli warisan juga dan mereka menjual borang demi keuntungan. Borang yang dijual juga pelbagai bentuk. Banyak yang berlaku seebelum ini namun tiada tindakan tegas disamping faktor Kerajaan Warisan yang memang memberi keutamaan untuk mengatasi segala masalah dokumentasi seperti 'anak tanpa negara' yang berlaku akibat perkahwinan warga tempatan dan PATI.

Portal Sabahkini2 pernah melaporkan dalang program pendokumentasian, projek IC, pengesahan pesuruhjaya sumpah warga asing oleh Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah iaitu Kapten (Dr) Zulfikar bin Zulkifli melalui Pesuruhjaya Sumpah (No. PJS S163) di Kliniknya Medisinar sekitar September 2018. Laporan polis telah dibuat namun sehinga sekarang tiada hukuman dari kepimpinan Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan ]

Dalang IC: Siasat Pemimpin Warisan, Bukan Ugut Rakyat

Laporan penuh kompilasi artikel laporan portal Sabahkini2 boleh dibaca sini-

[ARTIKEL BERKAITAN- 7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan? ]

Tangkapan pertama sindiket

27 November 2018 satu sindiket menggunakan nama Timbalan Menteri KDN berjaya ditangkap. Pemilik premis Areney Enterprise Kg Air Kota Kinabalu Rohani Binti Mohd Ismail (KPT: 861015-12-5688) dan beberapa pekerjanya ditahan disyaki menguruskan sindiket kad pengenalan. Satu lagi kedai sebenarnya adalah di Alam Mesra Sepanggar namun belum diberkas. Beberapa borang dan dokumen ditemui. 

Borang itu dikatakan di hantar ke pejabat PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SEPANGGAR, ALAM MESRA untuk di proses selama (3) bulan. Pihak pejabat tersebut seterusnya menghubungi semula apabila kelulusan diterima untuk proses penukaran IMM13 ke dokumen MYPR ( IC MERAH). 

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar! ]

Pelaku tidak mungkin berani melakukannya jika tiada ‘orang dalam’ Warisan yang mengambil kesempatan sehingga ada surat sokongan dari wakil rakyat Warisan. Kes ini sehingga sekarang selepas ditangkap senyap tiada khabar berita termasuk pendakwaan. Kemungkinan besar sindiket ini terus berleluasa didalangi pihak tertentu.

Penjualan Borang "Projek IC" oleh JAMLANA BIN JUMLANI (0128039281)

Seorang lagi yang dikaitkan dengan Wira Warisan bernama Jamlana Jumlani juga dikatakan giat menjual borang 'Projek IC' kepada netizen di laman sosial. Pelbagai pihak mengadu oleh pemuda Warisan itu.


Jamlana bin Jumlani pemuda Warisan aktif menjual borang 'Projek IC"

Dalam satu hantaran facebook bernama Bella Joyce  mengadu "Jamlana bin Jumlani pemuda Warisan sudah bank in duit terus tidak dapat whatsapp dan dihubungi". 

 


 

Isunya mengapa dalang-dalang ini yang terang-terang berniaga borang 'Projek IC' menggunakan nama Warisan tidak ditangkap? Jika ia sebuah sindiket dalang-dalang mesti dihukum menunjukkan keseriusan kerajaan Warisan. Tetapi tidak berlaku. Pemimpin Warisan dan penyokong melakukan kesalahan bebas serta dibiarkan.

Dalam masa sama Kerajaan Negeri mengutamakan dasar memberi dokumen warga asing yang sekarang sedang sibuk dibincangkan oleh rakyat.Warisan tidak boleh menyalahkan persepsi rakyat sekarang kerana ia dimulakan kerajaan dan didalangi oleh pemimpin dalaman Warisan sendiri.

 

20 Comments