4,526 Bajau ‘Semenanjung’ tiada kad pengenalan guna kad NGO 'Projek IC' diiktiraf JPN?
10:05 May 25, 2019  |  By SabahKini2
4,526 Bajau ‘Semenanjung’ tiada kad pengenalan guna kad NGO 'Projek IC' diiktiraf JPN?

NGO ini mendakwa membantu Bajau tiada kad Pengenalan. Sementara tiada kad pengenalan NGO ini mengeluarkan kad kuasa melindungi ahlinya tiada IC dari pihak berkuasa. Apakah ia diiktiraf JPN?

PUTRAJAYA- Utusan Online 3 Mei lalu melaporkan Seramai 4,526 masyarakat Bajau dikenal pasti tidak mempunyai kad pengenalan kerana terdapat masalah berkaitan dokumen ketika membuat permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Bajau Tanjung Kling Melaka, Wan Zuhaimi Wan Ridzwan berkata, jumlah tersebut melibatkan masyarakat Bajau yang menetap di Semenanjung sahaja.

“Antara masalah yang dikesan adalah kad pengenalan lama mereka gagal diperbaharui kerana keraguan pada maklumat sedia ada dan kegagalan JPN mengesan maklumat lama pemohon.

“Selain itu, ada juga kes melibatkan kad pengenalan diguna pakai oleh pihak lain, sijil lahir yang tidak jelas taraf warganegara serta tidak mempunyai sijil lahir akibat kegagalan ibu bapa mendaftar kelahiran anak,” katanya dalam sidang akhbar itu.

Mengulas lanjut Wan Zuhaimi berkata, pihaknya telah mengadakan rundingan bersama JPN bagi menyelesaikan masalah berbangkit sebagai usaha membela nasib masyarakat Bajau.

Justeru, katanya, satu program memohon kad pengenalan dan sijil lahir komuniti tersebut akan dilakukan secara berperingkat bermula Julai nanti, melibatkan kerjasama JPN dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kad Kuasa NGO

Tidak dipastikan ‘kaum bajau’ yang dimaksudkan oleh Persatuan Kebajikan Anak Bajau Tanjung Kling Melaka berasal dari Sabah hanya untuk Anak Bajau Tanjung Kling Melaka sahaja atau terbuka kepada asal Sabah yang tidak dapat kembali ke Sabah kerana masalah dokumen itu.

Netizen dalam media sosial mula mempersoalkan persatuan ini apabila kad keahlian persatuan itu memberikan satu kad kepada ahlinya mengandungi butir-butir nombor sijil, tarikh lahir, tempat kelahiran dan status kewarganegaan.

Kad itu seperti kad kuasa memaparkan surat rujukan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Pendaftaran Negara, mesyuarat bersama Pengarah Bahagian Kad Pengenalan dan dokumen tertentu JPN.

“Kad ini bukanlah kad pengenalan tetapi ia adalah kad keahlian persatuan yang mengesahkan bahawa pemilik sedang berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara melalui NGO bagi menuntut haknya untuk diiktiraf sebagai penduduk atau warganegara Malaysia di bawah pelbagai akta”…

Apakah dengan ada kad ini maka Polis, JPN, Imigresen tidak bertindak?

Satu kad yang tular atas nama Ozir Afifi tinggal di Flat Nilai Perdana mempunyai Kad Keahlian bernombor 00085 misalnya mempunyai masalah tiada sijil lahir, lahir di Putatan Kota Kinabalu dan mempunyai status kewarganegaraan yang dicatatkan ‘Belum ditentukan’.

Tentulah ia meragukan. Benarkah 4,526 masyarakat Bajau Sabah dalam NGO itu sedang memohon kad pengenalan? Siapakah mereka? Bajau mana seramai ini di Semenanjung yang mempunyai masalah Kad Pengenalan?

Kerajaan dan JPN digesa menyiasat perkara ini kerana bimbang menjadi sindiket untuk ‘Projek IC’ atas nama bajau tetapi sebenarnya bukan bajau hanya berasaskan keuntungan.

Sumber mendedahkan ahli yang menyertai dan mahu mendapatkan kad pengenalan membayar sejumlah wang kepada NGO ini.

Apa istimewanya ahli Persatuan Kebajikan Anak Bajau Tanjung Kling Melaka ini? Jika mereka tidak mempunyai dokumen kewarganegaraan, dokumen meragukan pihak berkuasa wajib mengambil tindakan undang-undang.

 

Baru-baru ini kecoh di Sabah terdapat pihak tertentu yang didalangi oleh pemimpin dan ahli Warisan menjual borang bagi tujuan ‘Projek IC’.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket dokumen 'Projek IC' didalangi pemimpin Warisan didedahkan, mengapa tak dakwa mereka? ]

 Sindiket dokumen 'Projek IC' didalangi pemimpin Warisan didedahkan, mengapa tak dakwa mereka?

 

 

16 Comments