Pemuda lain dakwa PTI ‘pembunuh grab’ pekerja cuci kereta 1Borneo tikam sehingga kantung perut bocor
18:05 May 29, 2019  |  By SabahKini2
 Pemuda lain dakwa PTI ‘pembunuh grab’ pekerja cuci kereta 1Borneo tikam sehingga kantung perut bocor

Bukan kali pertama. Pemilik FB Miller A Clement mendakwa beliau ditikam menyebabkan kantung perut bocor, dan semua asid dalam perut terkena bahagian usus. Selepas pihak hospital memberikan suntikan empat kali untuk menahan sakit pun tidak berkesan

KOTA KINABALU: Seorang pengguna facebook Miller A Clement dalam hantaran facebooknya mengaku pernah ditikam oleh PTI ‘pembunuh grab’ yang tular baru-baru ini. Beliau memberi amaran kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati di mana pun berada.

Clement berkata 3 minggu lepas beliau dirompak dan ditikam oleh kumpulan ini. Selepas ditikam mujurlah beliau sempat sampai di hospital pada masa yang tepat sebelum menjalani pembedahan kecemasan.

Gambar Miller A Clement yang ditularkan dalam facebook

“Tikaman terbabit menyebabkan kantung perut bocor, dan semua asid dalam perut terkena bahagian usus.

“Selepas pihak hospital memberikan suntikan empat kali untuk menahan sakit pun tidak berkesan,” katanya semasa berkongsi sedikit sebanyak pengalamannya di hospital.

Clement menasihatkan agar pengguna lain lebih berhati-hati berkemungkinan besar terdapat lagi rakan suspek lain yang turut bersekongkol dalam kejadian ini.

Pengguna facebook lain Putra Iskandar turut mendakwa PTI pembunuh grab bekerja di salah sebuah kedai mencuci kereta di sebuah pusat membeli belah 1borneo Hypermall.

Adakah di sini?

Simon Santoso meminta agar pihak polis segera menjalankan siasatan terhadap pemilik kedai mencuci kereta ini kerana menggaji pekerja yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurut mereka ada dua kedai mencuci kereta di 1borneo Hypermall.

Dalam komen-komen netizen mereka bimbang dengan tahap keselamatan di negeri Sabah sekarang. Dengan kes tikaman ini bermakna kes jenayah oleh PTI pembunuh ini bukan kali pertama.

Jenayah melibatkan PTI mesti dibendung segera. PTI naik ‘naik minyak’ selepas usaha-usaha kerajaan Warisan secara terbuka untuk membuat pemutihan pekerja asing atau usaha memberikan dokumen kepada PTI. Malah PTI tidak segan silu sekarang dengan slogan ‘Sabah kita punya’.

 

 

22 Comments