Selepas tular dikecam rakyat, Kerajaan PH ‘U-turn’ terpaksa beri duit raya kepada peneroka FELDA
21:05 May 30, 2019  |  By SabahKini2
Selepas tular dikecam rakyat, Kerajaan PH ‘U-turn’ terpaksa beri duit raya kepada peneroka FELDA

Sebelum ini Azmin Ali mengumumkan tiada 'Duit Raya' kepada FELDA. Namun penat dikecam akhirnya...

KUALA LUMPUR: Selepas tular dan dikecam rakyat akhirnya Kerajaan dilaporkan bakal memberikan insentif atau duit raya kepada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara seperti amalan yang dilakukan sejak tahun 2011 dengan kadar RM300 bagi setiap peneroka.

Dalam satu surat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang tular bertarikh 30 Mei 2019 menyatakan Mesyuarat Jemaah Menteri 29 Mei telah meluluskan pemberian Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri bersekali tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan pendahuluan hasil kepada peneroka terlibat.

Sebelum ini Dato’ Seri Azmin Ali Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan tidak akan memberikan bantuan hari raya yang menyebabkan rakyat, pembangkang dan sebilangan pemimpin kerajaan mengkritik langkah itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- PH umum tiada ‘duit raya’ peneroka FELDA hanya biasiswa RM11.48 juta kepada pelajar Palestin ]

 

 

Comment