Francisca Ester Nain ratu Unduk Ngadau Kaamatan 2019
00:06 Jun 01, 2019  |  By SabahKini2
Francisca Ester Nain ratu Unduk Ngadau Kaamatan 2019

Francisca mengalahkan 63 peserta lain yang berentap di pentas akhir UNK di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA Penampang

PENAMPANG: Mahkota Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) tahun ini milik peserta dari Karambunai, Francisca Ester Nain.

Francisca mengalahkan 63 peserta lain yang berentap di pentas akhir UNK di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA Penampang.

Tempat kedua jatuh kepada Annette Rebecca Januin wakil dari Pantai Manis, manakala tempat ketiga pula dimenangi wakil Penampang, Letica Casianus Bansin.

Pemenang Unduk Ngadau kali ini membawa pulang wang tunai RM18,000, biasiswa RM50,000 dan hadiah sampingan bernilai RM100,000 berserta trofi.

Hadiah kemenangan UNK kali ini disampaikan oleh isteri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau iaitu Datin Seri Dr Jaina Sintian sambil disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Jenifer Lasimbang dan Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Negeri, Jo-Anna Sue Henley Rampas.

4 Comments