Dato' Yusof Jusoh kroni Anwar 'Pelobi' anaknya Vivy Yusof dilantik Lembaga Pengarah UiTM
01:06 Jun 01, 2019  |  By SabahKini2
Dato' Yusof Jusoh kroni Anwar 'Pelobi' anaknya Vivy Yusof dilantik Lembaga Pengarah UiTM

Mengapa Alumni UiTM dan netizen mengecam pelantikan Vivy Yusof? FashionValet adalah milik Dato' Yusof Pengerusi Eksekutif Proven Holding Sdn Bhd. Beliaulah pelobi utama anaknya BOD UiTM

BARU-baru ini media melaporkan Persatuan Usahawan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) menolak sekeras-kerasnya pelantikan usahawan e-dagang terkemuka, Datin Vivy Yusof sebagai satu daripada Ahli Lembaga Pengarah baharu universiti tersebut.

Wakil persatuan tersebut, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, pengasas bersama The dUCk Group itu tidak layak dilantik memegang jawatan tersebut kerana beliau bukan daripada kalangan alumni UiTM.

 

“Hanya alumni UiTM yang akan memahami perjalanan dan dasar universiti ini, selain Vivy terlalu muda untuk dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

“Peranan Ahli Lembaga Pengarah UiTM adalah menentukan hala tuju dan dasar universiti yang jelas semakin mencabar,” katanya

Tambah Ahmad Muzakkir, sepatutnya Ahli Lembaga Pengarah UiTM biarlah terdiri daripada alumni yang ‘senior’ dan mempunyai pengalaman luar dan dalam kerjaya dunia penyelidikan, kedoktoran, perniagaan, kewartawanan, kejuruteraan serta kewangan.

Kata beliau, kebih kurang 60 peratus pelajar UiTM merupakan golongon miskin, justeru hanya mereka yang boleh memahami cara kehidupan mahasiswa seperti kemudahan makanan, bantuan kewangan dan lain-lain.

“Rata-rata di dalam media sosial, alumni UiTM tidak bersetuju dengan pelantikan Vivy kerana seolah-olah 800,000 alumni universiti ini tidak langsung layak untuk duduk di kerusi Ahli Lembaga Pengarah UiTM,” katanya.

Itu adalah antara komen-komen alumni UiTM dan juga beberapa netizen dalam media sosial yang senada memprotes Vivy Yusof.

 

 

Siapa Vivy? Anak Dato’ Yusof Jusoh (Yusof Perancis)

Menurut sumber orang yang bertanggung jawab kepada lobi pelantikan Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM adalah bapanya Pengerusi Eksekutif Proven Holding Sdn Bhd (Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim) yang mempunyai hubungan rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UiTM Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sahabat baiknya.

Sebelum ini pun ketika Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pendidikan Tinggi pun ‘kabel’ Dato’ Yusof sangat kukuh sehingga berperanan besar di KPM dalam program [email protected]. Projek IPTA ni makanannya. Pegawai-pegawai kanan KPM dalam genggamannya.

 

 


Begitu juga projek-projek di IPTA seperti Unimap dan lain-lain

Malah dikatakan kini Dato’ Yusof Jusoh mempunyai hubungan yang rapat dengan Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik selain akrab denggan Dato’ Seri Azmin Ali yang pernah menjadi rakan setugasnya di Kementerian Kewangan Malaysia. Sama ada BN atau PH beliau ahli perniagaan yang pandai mengatur hidupnya. Kiri kanan dapat hidup. Melalui Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Pengerusi UiTM telah menyokong Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga Pengarah kepada Dr Maszlee Malik.

Saling kenal dan akrab

Syed Zainal dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM sejak julai 2018 oleh Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan. 

Dato’ Yusof adalah seorang ahli perniagaan berteraskan ‘Cash and King’ apa sahaja yang beliau lakukan adalah berasaskan keuntungan. Jika anda menyemak latar belakang projeknya di KPM, beberapa universiti dan tempat lain anda akan tahu cara Dato’ Yusof meletakkan sasaran perniagaannya. Beliau adalah salah seorang kroni Anwar yang mendapat lesen dua IPP di Sabah. Beliau sebaris dan seangkatan dengan Nasaruddin Jalil, Kamaruddin Jaafar, Ahmad Saad, Ishak Ismail, Anuar Othman, Sarit Jusoh, Azmin Ali, Nazeri Abdullah, Latiff Mirasa, Ismail Munir, Salomon Salamat, Rahim Ghouse, dan Tong Kooi Ong. 

Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga UiTM adalah usahanya untuk meletakkan tangannya di universiti itu.Tanpa bapanya Vivy bukanlah sesiapa bagi syarikat Fashion Valet Sdn Bhd yang sentiasa rugi saban tahun itu.

Jangan lupa syarikat Fashion Valet Sdn Bhd itu adalah asalnya milik Dato’ Yusof Jusoh,  Proven Creative (M) Sdn Bhd sebelum ditukar nama kepada Fashion Valet Sdn Bhd. Sehingga hari ini pun Proven masih antara pemegang saham dalam Fashion Valet.

 

Vivy Yusof dan suaminya Fadzarudin bukan pengasas kepada Fashion Valet Sdn Bhd tetapi Dato' Yusof Jusoh

Proven Holding Sdn Bhd pemilik Fashion Valet. Jika Fashion Valet di senaraikan di Bursa Saham pastinya
ia gabungan daripada Proven Holding Sdn Bhd

Vivy Yusof dan suaminya tidak berdiri sendiri dibelakangnya adalah bapanya. Bapanya masih pemain belakang tabir Fashion Valet Sdn Bhd apabila kekal di bawah naungan Proven Holding Sdn Bhd. Sekalipun Fashion Valet kini pemegang sahamnya seperti My Eg Capital, Transasia E Commerce, Start Today (Zozo, Inc), Pulau Tiga Ventures Sdn Bhd (Khazanah Nasional Berhad) dan PNB, pegangan saham keluarga Dato' Yusof Jusoh seperti Proven Holding, Vivy dan menantunya tetap pemegang saham terbesar Fashion Valet. 

FashionValet yang rugi mahu disenaraikan di Bursa Malaysia?

Pada 24 April 2018 media melaporkan FashionValet (FV), mengumumkan bakal disenaraikan di Bursa Malaysia.

Sebelum itu Vivy Yusof berbangga mengumumkan FashionValet menerima dana pelaburan Siri C (Berkembang: Funding untuk menjadi lebih besar dan ke tahap global)  daripada Khazanah Nasional Bhd bagi tujuan perancangan mengembangkan pasaran fizikal dan penembusan digital yang lebih luas. Jumlah dana tidak diumumkan namun berupaya menaik taraf infrastruktur dan teknologi, membuka lebih banyak cawangan fizikal serta mengembangkan kehadiran syarikat berkenaan di Malaysia dan Asia Tenggara.

Namun bagaimana FashionValet mahu disenaraikan di Bursa Malaysia jika syarikat itu diisytihar sentiasa rugi? Dana dapat, jualan meningkat setiap tahun, tetapi syarikat rugi.

 

Pihak LHDNM mesti berminat siasat mengapa syarikat asyik dilapor rugi

Sudah tentu ia pasti melalui gerakan bapanya Dato’ Yusof Jusoh melalui Syarikat Proven Holding Sdn Bhd. Vivy Yusof dan suaminya tidak akan mampu untuk menepati syarat penyenaraian di Bursa Malaysia tanpa Dato’ Yusof Jusoh.

Kabel besar Dato’Yusof dengan Azmin Ali Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang kini bertanggung jawab dengan Khazanah pasti sebahagian dari gerakan ‘cash and king’ Dato’ Yusof.

Agaknya apa strategi Dato’ Yusof Jusoh meletakkan anaknya sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM sebuah universiti terbesar di negara ini? Platform apakah yang beliau cari? Jika bapanya dahulu dalam program [email protected] kini anaknya pula secara langsung dalam UiTM.

Menjawab isu sedang menjadi buah mulut netizen Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus, Dr Mohd Azraai Kassim yang mengkut arahan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM  berkata, pelantikan Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah baharu universiti bertujuan menyuntik idea baharu untuk menggalakkan keusahawanan dengan lebih berkesan dalam kalangan mahasiswanya.

Katanya, sebagai Ketua Pegawai Kreatif di FashionValet, sebuah syarikat e-dagang fesyen, dan juga pengasas bersama The dUCk Group dalam industri pakaian muslimah, Vivy dianggap amat peka dengan kehendak dan permintaan golongan milenium. Mungkin UiTM tak tahu Fashion Valet sentiasa rugi dan ditolong bapa di belakang tabir.

Oleh itu bantahan Persatuan Usahawan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) bahawa Vivy Yusof tidak sehebat mana adalah betul. Yang hebat ialah bapanya!. Vivy Yusof bawah kawalan bapanya bagi tujuan perniagaan sahaja.

 

39 Comments