Menteri Kewangan luluskan 50 peratus pengecualian CKHT kepada Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang
06:06 Jun 04, 2019  |  By SabahKini2
Menteri Kewangan luluskan 50 peratus pengecualian CKHT kepada Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang

Harta tanah Geran (first Grade) No.183, Lot No.609, Seksyen 16, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang diberi pengecualian CKHT walau tidak layak atas nama Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang. Mengapa?

Semalam tular dalam laman sosial surat kelulusan Kementerian Kewangan di alamatkan kepada firma guaman Salina, Lim Kim Chuan & Co bagi pengecualian keuntungan harta tanah bagi permohonan Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang.

Kandungan surat bertarikh 16 Mei 2019 tersebut menyatakan bahawa YB Menteri Kewangan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 9(3A) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 bersetuju mengecualikan cukai keuntungan harta tanah sebanyak 50% sahaja kepada Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang ke atas keuntungan yang diperoleh bagi pelupusan harta tanah Geran (first Grade) No.183, Lot No.609, Seksyen 16, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Pada 30 Disember 2018 lalu dalam satu kenyataan media dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan pengecualian CKHT berkuat kuasa mulai 1Januari 2019, diberi bagi individu yang melupuskan hartanah termasuk rumah kediaman kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik dalam tahun keenam dan seterusnya.

Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) diberikan bagi individu warga negara Malaysia yang melupuskan hartanah pada harga balasan RM200,000 dan ke bawah.

Bagaimanapun harta tanah Geran (first Grade) No.183, Lot No.609, Seksyen 16, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang sudah tentu bernilai tinggi melebihi harga RM200,000 dan tidak layak menerima pengecualian. Lim Guan Eng menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan atas alasan permohonan pertubuhan NGO agama.

2 Comments