Tipu PPR Segindai guna kuota menteri, 'Pengikut Warisan' Adun Petagas dilapor polis
12:06 Jun 08, 2019  |  By SabahKini2
Tipu PPR Segindai guna kuota menteri, 'Pengikut Warisan' Adun Petagas dilapor polis

Isu menggunakan 'kabel' atau 'orang dalam' bagi memohon PPR di Putatan bukan baru. Tidak menghairankan jika ada mana-mana pegawai atau pengikut YB Adun atau MP sering digunakan. Kali ini isu PPR Segindai...

KOTA KINABALU: Sejak seminggu lalu tular mengenai sindiket rumah PPR Segindai (Putatan) melalui hantaran facebook milik Amirul Adnan kes penipuan menggunakan nama Datuk Uda Sulai Adun Petagas bagi mendapatkan rumah PPR Segindai atas kuota menteri.

Pada 30 Mei 2019 satu laporan polis dibuat terhadap Rosdy bin Ibrahim kerana disyaki menipu selepas memasukkan sejumlah RM500 atas akaun CIMB 7608041598 bagi tujuan mendapat rumah PPR.

“Pembayaran dibuat kepada penama Rosdy yang saya kenali melalui kawan saya telah memberitahu bahawa saya boleh dapat rumah di Taman PPR Segindai melalui kuota Datuk Uda dan perlu membuat bayaran tersebut’. Kata laporan itu.

Isu rumah PPR di Putatan mempunyai kuota Menteri bukan baru. Portal Sabahkini2 sebelum ini pernah mendedahkan isu 500 PPR Taman Sri Serigai Putatan yang dipohon oleh lebih 6000 pemohon tetapi 150 kuota disediakan untuk Menteri, MP 50 dan Adun 50. Bakinya 250 dibuka kepada orang awam.

Malah 150 orang dikatakan diberi kepada ‘Orang Semporna’ oleh Datuk Jaujan Sambakong Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Lebih teruk insiden pecah pintu akibat jual borang RM5 oleh Majlis Daerah Putatan terus berlaku.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) PPR Putatan: Menteri khususkan 150 unit untuk ‘Orang Semporna’? ]

 (VIDEO) PPR Putatan: Menteri khususkan 150 unit untuk ‘Orang Semporna’?

Penggunaan nama Menteri Perumahan, ahli parlimen dan Adun membuktikan bahawa wujudnya kuota itu yang menyebabkan pelbagai pihak seperti pegawai menteri, adun, pemimpin warisan kawasan menggunakannya sehingga ada kalangan mereka mengambil kesempatan mencari keuntungan.

4 Jun lalu kerana tular, Pembantu Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Uda Sulai akhirnya tampil ke depan membuat laporan polis Polis Daerah Penampang terhadap individu yang menggunakan namanya untuk menjual borang penempatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Putatan bagi mengaut keuntungan.

Katanya, beliau sebelum ini telah berjumpa dengan beberapa orang yang mendakwa telah ditipu oleh lelaki tersebut yang didakwa menggunakan nama Fadzil Abd.

Uda menafikan beliau terlibat, katanya tiada sebarang penjualan borang tersebut dibuat sebaliknya pemohon boleh mengemukakan permohonan PPR itu di pejabat daerah mengikut prosedur biasa, justeru tindakan lelaki itu telah menjejaskan imej beliau sebagai wakil rakyat.

“Saya rasa ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan tersebut.

Menurut Uda, individu berkenaan mensasarkan golongan miskin dan ibu tunggal yang amat memerlukan rumah dan sanggup membayar untuk mendapatkan borang tersebut.

“Saya sendiri buat laporan polis kerana lelaki ini cuba memburuk-burukkan nama saya sebagai wakil rakyat, padahal saya tidak terlibat dan mengetahui langsung dengan kelulusan memberi rumah PPR ini kepada mangsa,” katanya.

Dalam komen-komen netizen mereka percaya sistem kuota pemberian PPR di Sabah ini wujud. Bagi mereka siapa ada 'kabel' maka mereka akan mendapat rumah PPR dengan mudah. Begitu juga para penipu yang akses dengan pemimpin warisan dan akhirnya menjual nama kononnya mampu mendaparkan rumah PPR. Malah mereka marah orang luar Putatan memonopoli PPR di kawasan Putatan.

 

 

 

 

 

1 Comment