Hayunan batang paip PTI ke kepala Stanley Gisin bangkitkan kemarahan Dusun Ranau
21:06 Jun 09, 2019  |  By SabahKini2
Hayunan batang paip PTI ke kepala Stanley Gisin bangkitkan kemarahan Dusun Ranau

Lagi kejadian terbaru melibatkan warga asing di Ranau Sabah. Kini batang paip pula sebagai habuan istimewa ke kepala. PTI 'Pilak' sudah semakin berani

 

RANAU- Sabah dilihat terus tidak selamat dengan amukan warga Pendatang Tanpa Izin (PT) yang berleluasa kini melakukan jenayah samun sehingga sanggup mencederakan rakyat tempatan menggunakan senjata.

Hari ini tular video dan gambar lelaki tempatan bernama Stanley Gisin, 28 seorang mekanik dicederakan oleh sekumpulan warga asing menggunakan parang panjang dan besi paip berdekatan Kedai Eng Tai Pekan Ranau.

Dalam laporan polisnya kejadian jam 12.35pm itu Stanley berkata salah seorang penjenayah keluar dari sebuah kereta jenis Viva warna silver nombor pendaftaran SAB 9137J membawa parang panjang bertindak mengejar dia dan rakannya.

“Kami telah dikejar sehinggalah ke kawasan pasar buah Pekan Ranau dan menyerang saya menggunakan batang paip di bahagian kepala dan pinggang menyebabkan belakang kepala saya mengalami kecederaan”. katanya

Dalam komen-komen dilaman sosial netizen mengecam tindakan ganas warga asing itu dan menyalahkan kerajaan sejak Warisan memerintah kejadian PTI menyerang warga tempatan semakin menjadi-jadi.

Turut ditularkan netizen ialah passport tamat warga asing bernama Saddi Ray berasal dari Tipo-Tipo Basilan Fiipina yang didakwa sebagai ‘pusher syabu’.

 

45 Comments