Tidak mampu sediakan wang hantaran kahwin, komando tikam diri sendiri tuntut insuran
06:06 Jun 10, 2019  |  By SabahKini2
Tidak mampu sediakan wang hantaran kahwin, komando tikam diri sendiri tuntut insuran

Bapa minta wang untuk baiki bas, keluarga teman wanita minta hantaran perkahwinan. Tiada jalan lain cari wang tikam diri sendiri untuk tuntut insuran

KOTA KINABALU- Semalam tular dalam laman sosial seorang lelaki berasal dari Lahad Datu bekerja sebagai tentera telah ditikam di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Laporan mengatakan beliau ditikam oleh warga asing atau PTI.

Bagaimanapun selepas disiasat mangsa berbuat demikian adalah kerana mangsa tidak mempunyai duit untuk menampung perbelanjaan hantaran kahwin serta bapa mangsa juga meminta duit daripada mangsa untuk membaiki bas. Mangsa juga telah merancang untuk tidak menaiki penerbangan ke Johor Bharu.

Tujuan mangsa ialah membuat tuntutan daripada pihak insuran.

Laporan penuh seperti berikut-

LAPORAN MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI DI DAERAH KOTA KINABALU

TEMPAT KEJADIAN

Balai Ketibaan Dalam Negeri,Lapangan Terbang Kota Kinabalu

TARIKH / MASA KEJADIAN

09/06/2019 jam lebih kurang 0615hrs

MANGSA

Nama : 1201133 Pbt Sabri Bin Afillino
Kad Pengenalan : 951210126757

Bangsa : Bajau
Umur : 24 Tahun
T/Masuk Tentera :18 Ogos 2018
T/Tamat Perkhidmatan : 17 Ogos 2030
Insuran Kelompok: 5 Yunit
Alamat : 21 Group, Cawangan  Latihan, Mersing Johor Bharu
No telefon : 013-6334002
Alamat Waris : Kampung Membantu Tungku 9119 Lahad Datu Sabah

- Cedera dibahagian perut

Pada 09.06.2019, jam 0615hrs, pengadu telah membuat laporan makluman awal bahawa 01/L telah ditikam bertempat di kawasan Balai Ketibaan Dalam Negeri pintu 5 aras 1 Lapangan Terbang Kota kinabalu

Semasa mangsa berada di tandas, mangsa telah menikam bahagian perutnya sebelah kanan menggunakan 01 pisau lipat pelbagai.

Hasil rakam percakapan dengan mangsa, mangsa berbuat demikian adalah kerana mangsa tidak mempunyai duit untuk menampung perbelanjaan hantaran kahwin serta bapa mangsa juga meminta duit daripada mangsa untuk membaiki bas. Mangsa juga telah merancang untuk tidak menaiki penerbangan ke Johor Bharu.

Mangsa bertindak menikam diri sendri agar mangsa boleh membuat tuntutan daripada pihak insurans.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizebeth Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan. Mangsa telah dimasukkan ke ward pembedahan Am 3 tingkat 9 katil no 8.

54 Comments