UPKO, Menteri JPM dalam senarai baru saman lucut hak dana 1MDB dikeluarkan SPRM?
22:06 Jun 27, 2019  |  By SabahKini2
UPKO, Menteri JPM dalam senarai baru saman lucut hak dana 1MDB dikeluarkan SPRM?

SPRM mengesahkan selain 41 individu dan entiti terbabit kes permohonan perlucutan hak sivil berkaitan 1MDB akan ada senarai baru lagi akan datang. Apakah ia UPKO atau VK Liew bekas Presiden LDP?

SPRM mengesahkan senarai terbaru individu dan entiti terbabit kes permohonan perlucutan hak sivil berkaitan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan dikeluarkan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pihaknya memerlukan masa untuk membuat penelitian lanjut mengenai saksi, lokasi aset dan pelbagai aspek lain memandangkan senarai responden itu terlalu panjang. 


                                                                                  41 yang menerima saman sivil pelucutan hak oleh SPRM

Malaysiakini dalam laporan khasnya sebelum ini mendedahkan senarai transaksi penerima sebahagian kecil dan tertumpu kepada waktu PRU 2013.

[BOLEH BACA-  Wang songlap dari 1MDB atau derma? Tangan-Tangan Politik Yang Terdedah ]

“Kami perlu tengok balik dan menyenarai pendek dahulu nama-nama yang kami ada ini sebab ada banyak perkara perlu dibincang dengan pegawai penyiasat dan pihak peguam negara, yang mana boleh diambil tindakan undang-undang, kami akan lakukan,” katanya.

Bagaimanapun Azam enggan mendedahkan anggaran jumlah individu dan entiti yang bakal menerima saman itu, namun menyarankan mana-mana pihak yang pernah menerima dana berkenaan supaya memulangkannya semula.

“Sebenarnya, mereka sendiri tahu yang mereka ada terima wang (dana 1MDB) kerana ia diberi dalam bentuk cek, bukan secara tunai.

21 Jun lalu SPRM mengeluarkan senarai 41 individu dan syarikat termasuk UMNO bagaimanapun beberapa nama seperti UPKO atau mungkin Presidennya belum menerima saman perlucutan hak sivil itu.

Paling mengejutkan ialah hanya LDP disenaraikan tetapi Datuk VK Liew Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) yang paling dekat menerima dana itu tidak ada dalam senarai. Bagaimanapun LDP dalam laporan media di Sabah bertegas mengheret Datuk VK Liew. VK Liew juga sepatutnya menerima saman perlucutan hak sivil itu. Apakah VK Liew akan ada dalam senarai terbaru dua minggu lagi sebagaimana diumumkan oleh Azam Baki?

Sementara itu UPKO yang dikaitkan dari 1MDB dipanggil menjadi saksi ke-15 dalam perbicaraan ke atas Najib berhubung SRC International Sdn Bhd melibatkan jumlah RM42 juta, telah memberi keterangan dan mengesahkan di mahkamah bahawa parti itu telah menerima cek RM1 juta daripada Najib bertarikh 13 Februari, 2015.

Bagaimanapun kerana RM 1juta ini akhirnya menjadi pertelagahan  antara Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dengan Datuk Dr Marcus Mojigoh bekas bendahari UPKO.

[ARTIKEL LAIN- RM1 Juta Najib: Madius Tangau ‘kambing hitamkan’ Mojigoh berbohong di mahkamah ]

Berita mengenai Datuk VK Liew ini boleh dibaca dalam portal Sabahkini2 yang pernah didedahkan sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- LDP sahkan Menteri V.K Liew curi RM3.5 juta wang dikait 1MDB dari akaun parti ]

Datuk Teo Chee Kang mendedahkan LDP tidak pernah mengetahui wang 1MDB dan derma Najib itu disalur ke dalam akaun LDP. Dan selepas mengambil alih LDP serta penukaran penandatangan di bank barulah diketahui butiran kehilangan RM3.5 juta yang mencurigakan.

“Parti meyakini Datuk VK Liew telah menyeleweng dana RM3.5 juta itu dan mungkin dana lain lagi. Baru kini kami tahu sejumlah wang dari 1MDB diberi kepada Datuk VK Liew, isunya dimana dana itu”. kata sumber LDP

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar: V.K Liew Menteri Undang-Undang terima RM3.5 juta dikait 1MDB ]

LDP sahkan Menteri V.K Liew curi RM3.5 juta wang dikait 1MDB dari akaun parti

 

 

Comment