[VIDEO] Orang kuat Warisan Arsad Ghani ceroboh tanah Teluk Likas 'Jual Nama' TYT Sabah
02:07 Jul 04, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Orang kuat Warisan Arsad Ghani ceroboh tanah Teluk Likas 'Jual Nama' TYT Sabah

Benarkah Arsad Ghani bersama 674 orang Likas mendapat kelulusan dari JTU Sabah tanah Kampung Kurol Melangi Teluk Likas yang kontroversi tahun lalu? Terbaru beliau tetap gunakan alasan diluluskan 'TYT Sabah'.


Individu yang mengaku sebagai Arsad Ghani mendakwa tanah teluk likas ini diluluskan oleh TYT kepada mereka

KOTA KINABALU- Sejak semalam tular video pencerobohan tanah di Teluk Likas oleh seorang individu bernama Arsad Ghani yang mendakwa dirinya mendapat kelulusan daripada TYT Sabah dan kerajaan Warisan.


Kini Arsad Ghani telah membersihkan tanah

Pada 11 November 2018 portal Sabahkini2 pernah mendedahkan tentang surat permohonan yang tular nama Arsad Ghani (My kad 690529-12-564) individu ‘orang kanan’ yang dikaitkan dengan Adun Karambunai Azhar Matusin. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Tanah Teluk Likas pula YB dan penyokong Warisan 'Pau' guna kuasa TYT Sabah!]

[ARTIKEL BERKAITAN- Pembantu Menteri Warisan heret ‘Pegawai Khasnya’ jadi 'kaki pau' urusan jual tanah dan projek ]

Surat permohonan tanah itu ialah di Kampung Kurol Melangi Teluk Likas ditandatangani oleh dua individu iaitu Arsad Ghani dan Sainin Sulaiman yang memaklumkan senarai 674 peserta permohonan lot tanah di kampung itu dengan menggunakan sokongan TYT Sabah.

“Bersama ini dikepilkan pelan lakaran pembahagian lot kepada 674 orang peserta. Untuk makluman semua borang tanah telah dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Ukur untuk pendaftaran”. Sebagaimana kandungan surat itu.


Ketua Cawangan Warisan

Pendedahan itu mengundang rasa tidak senang Adun Karambunai Azhar Matusin dan membuat laporan mengenainya. Setakat ini tidak diketahui status Arsad Ghani ini sehinggalah beliau muncul semula dalam video sedang membersihkan tanah yang dipohon. 

ARTIKEL BERKAITAN- Belum sempat 'Pegawai Khas' lapor Azhar Matusin pula lapor Sabahkini2 ]

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Safar Untung perlu menjelaskan status tanah ini. Jika laporan  tanah '50,000 ekar' tanah adat Pensiangan dikaitkan dengan Chia Fook Kung sebelum ini pantas segera dijawab maka isu tanah Kampung Kurol Melangi Teluk Likas yang didakwa diluluskan untuk Arsad Ghani bersama 674 orang Likas juga perlul dijelaskan kepada rakyat. 

 

 

19 Comments