Azis Jamman mengaku tandatangan surat sokongan Arsad Ketua Cawangan Warisan mohon tanah Likas
18:07 Jul 05, 2019  |  By SabahKini2
Azis Jamman mengaku tandatangan surat sokongan Arsad Ketua Cawangan Warisan mohon tanah Likas

Azis mengaku tandangan surat sokongan namun katanya bukan kelulusan.Surat sokongan itu akhirnya digunakan Ketua Cawangan untuk kepentingan diri berurusan dengan jabatan/agensi kerajaan..Jika tiada sokongan beliau tak mungkin berani menceroboh

Tahun lalu kabinet memutuskan semua menteri dan timbalan menteri dilarang sama sekali mengeluarkan surat sokongan terhadap mana-mana tender atau kertas cadangan. 

Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan memaklumkan keputusan dalam mesyuarat Kabinet memastikan tadbir urus yang baik dan mengelakkan berlakunya kepincangan dalam keputusan kerajaan.

Bagaimanapun semalam tular satu surat sokongan permohonan Arsad Ghani Ketua Cawangan Warisan Kampung Suluk Lama memohon tanah di Kg Kurol Melangi Teluk Likas oleh Dato’ Azis Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri selain sokongan TYT Sabah.

 

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Orang kuat Warisan Arsad Ghani ceroboh tanah Teluk Likas 'Jual Nama' TYT Sabah 

[ARTIKEL BERKAITAN- Hampir setahun Arsad Ghani dilindungi, disokong dan terus ceroboh tanah Teluk Likas, mengapa baru bertindak? ]

Hari ini dalam satu kenyataan Dato’ Azis Jamman melalui facebook mengaku surat minit tandangannya kepada Arsad Ghani ketua cawangan Warisan itu bagaimanapun Azis menafikan ia sebagai surat kelulusan

“Saya ingin menegaskan penularan sepucuk surat yang mempunyai minit tandatangan saya mendakwa kelulusan diberikan bagi pemilikan sebidang lot tanah adalah tidak benar sama sekali dan tuduhan mengatakan saya terlibat dalam proses kelulusan urusan lot tanah tersebut juga berniat jahat”. katanya

Azis menjelaskan minit tandatangan tersebut hanya bertujuan untuk dipanjangkan dan dikaji sekiranya permohonan tersebut memenuhi syarat dan prosedur mengikut tatacara Jabatan Tanah, ia tidak bermakna bertujuan memberi tekanan atau mendesak supaya satu kelulusan diberikan.

Bagaimanapun komen-komen dalam media sosial mengecam kenyataan Dato’ Azis itu kerana umum mengetahui sebagai wakil rakyat beliau seharusnya mengkaji dan menapis semua permohonan rakyat sama ada sesuai disokong atau pun tidak.

“Isu paling besar ialah Azis membuat sokongan terhadap Ketua Cawangan Warisan dan kes ini sudah berlarutan sejak tahun lalu. Hari ini adalah kemuncak gara-gara Datuk Azis Jamman memberi sokongan selain dakwaan adanya sokongan daripada TYT Sabah.’ kata Dzulkifli Kamal

Sekalipun tiada kelulusan daripada Jabatan Tanah dan Ukur serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu surat sokongan seumpama itu akhirnya disalah gunakan  oleh pihak yang memohon seperti mengutip wang selepas mendakwa mempunyai kelulusan walaupun hanya sekadar surat sokongan.

Malah tinjauan di kawasan pencerobohan tanah sudah ada struktur bangunan seperti rumah, astaka dan-lain. Setahun dibiarkan maka bermacam-macam boleh berlaku.

Paling teruk ialah apabila Arsad Ghani menggunakan kepala surat Ketua Cawangan Kampung Suluk Kurol Melangi pada 1 Julai 2019 kepada Datuk Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk memohon kerja-kerja pembersihan kawasan dan menyukat semula tanah yang bergeran milik Syarikat MLGH (Sabah) Sdn Bhd (anak syarikat Kerajaan Negeri).

 

 Dalam setahun dibiarkan

Jika tiada sokongan Menteri atau timbalan seperti Datuk Azis Jamman tidak mungkin ketua-ketua Cawangan Warisan di Bahagian lebih berani sehingga tahap menceroboh kawasan orang lain.

Lantaran itu dasar kerajaan Pakatan Harapan kini bertegas tiada lagi surat sokongan yang boleh merosakkan kerajaan Pakatan Harapan.

Sebelum ini Latheefa Koya bertegas kerajaan perlu mengharamkan amalan 'tidak bermoral' dilakukan menteri dan pembantu mereka yang mengeluarkan surat sokongan untuk anggota parti. Katanya amalan sedemikian boleh menafikan hak rakyat biasa, terutama mereka yang lebih layak.

 

 

 

 

4 Comments