123,575 PTI bersama keluarga didaftar Program Pemutihan di Sabah
14:07 Jul 06, 2019  |  By SabahKini2
123,575 PTI bersama keluarga didaftar Program Pemutihan di Sabah

April lalu Kerajaan Warisan Sabah mengarahkan Jabatan Imigresen Sabah melaksanakan program regularisasi bagi pekerja asing yang tidak sah di sektor perladangan dan pertanian.Dan kini...

Kota Kinabalu: Jabatan Imigresen Sabah menerima permohonan untuk kuota pendaftaran 123,575 pekerja asing dan keluarga mereka daripada 3,102 majikan di bawah Program Pemutihan Sabah yang bermula pada 1 April tahun ini sehingga 30 Jun.

Pengarahnya, Datuk Musa Sulaiman berkata, daripada bilangan itu, 95,226 adalah warga Indonesia merangkumi 54,900 pekerja asing dan 40,326 ahli keluarga sementara 28,349 adalah warga Filipina yang terdiri daripada 17,235 berdaftar sebagai pekerja asing dan 11,114 sebagai ahli keluarga.

Selepas pendaftaran kuota itu tamat, beliau berkata proses seterusnya akan memerlukan majikan mengemukakan pasport pekerja asing mereka dan ahli keluarga kepada Jabatan Imigresen.

“Jabatan akan melakukan pengesahan dan saringan untuk tujuan keselamatan dan mereka yang lulus proses saringan, majikannya mesti menjelaskan bayaran kompaun, pas khas, levi, pas, JP (Visa) dan bayaran lain yang ditetapkan untuk pengeluaran pas lawatan (kerja sementara) kepada pekerja asing dan pas lawatan sosial bagi ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Musa berkata jabatan telah menetapkan proses menerima pasport adalah untuk tiga bulan yang berakhir pada 30 September tahun ini, yang juga tarikh tutup untuk majikan menyerahkan pasport pekerja asing dan ahli keluarga mereka.

April lalu Kerajaan  Warisan Sabah mengarahkan Jabatan Imigresen Sabah melaksanakan program regularisasi bagi pekerja asing yang tidak sah di sektor perladangan dan pertanian.

Keperluan pekerja asing digerakkan oleh Jawatankuasa Program Regularisasi Sektor Perladangan Dan Pertanian Negeri Sabah yang telah ditubuh dan diaktifkan bermula pada 1 April.

Sambutan pemutihan sangat menggalakkan dengan lebih 120 ribu PTI yang berjaya didaftarkan. Mungkn fasa pertama PTI masih ragu dan sedang mencari majikan sesuai untuk didaftarkan.

Dilaporkan sebelum ini ada lebih 800 ribu PTI sedang bersembunyi di Sabah. Kerajaan Warisan dalam usaha mendaftarkan dan memutihkan mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN- Berjuta PTI lega, Sabah laksana program pemutihan pekerja asing mula 1 April ]

 

 

Comment