(VIDEO) Mufti tegur ‘Tarian seksi’ majlis konvokesyen dihadiri Menteri
03:07 Jul 07, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Mufti tegur ‘Tarian seksi’ majlis konvokesyen dihadiri Menteri

‘Tarian seksi’ dalam Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia 2019 (TVET) dihadiri menteri tidak memberi impak bermanfaat kepada pelajar, pihak universiti mahupun kepada ibu bapa yang menontonnya

Baru-baru ini tular video ‘tarian seksi’ dalam Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia 2019 (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan yang dihadiri menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Video yang tular itu dikecam oleh netizen sebagai sesuatu yang tidak wajar dalam majlis ilmu konvoksyen.

Turut membuat teguran ialah Sahibus Samahah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan berbanding mengadakan persembahan tarian mencolok mata ketika program melibatkan pelajar.

Katanya, dalam majlis konvokesyen yang melibatkan pelajar, penganjur sebaiknya mengadakan aktiviti yang memberi manfaat yang menjurus kepada cinta terhadap ilmu.

“Tidak begitu manis (anjur tarian melibatkan pasangan bukan muhrim). Kita lebih merestui sekiranya majlis konvokesyen itu diadakan pertunjukan yang menggalakkan para pelajar kepada perkara-perkara yang baik terutamanya yang menggalakkan mereka untuk terus minat kepada ilmu.

“Ada banyak alternatif umpamanya buat lakonan yang memberi semangat atau motivasi kepada pelajar untuk lebih beraspirasi meningkatkan ilmu,” katanya

Tambah beliau, persembahan tarian tersebut tidak memberikan impak yang bermanfaat kepada pelajar, pihak universiti mahupun kepada ibu bapa yang menontonnya.

“Saya yakin ibu bapa pun kurang senang menonton tarian sebegitu.

Sebelum ini kecoh program ‘tarian bogel’ yang dianjurkan sebuah NGO di Perak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN- Pertandingan 'Tarian Bogel' tajaan Kementerian Pendidikan dikecam rakyat ]

 Pertandingan 'Tarian Bogel'  tajaan Kementerian Pendidikan dikecam rakyat

 

1 Comment