Lagi 100 ekar tanah Kg Muslim Muafakat, Kg Unggun Sepanggar bakal dilulus kepada ‘Orang kuat Warisan’?
13:07 Jul 07, 2019  |  By SabahKini2
Lagi 100 ekar tanah Kg Muslim Muafakat, Kg Unggun Sepanggar bakal dilulus kepada ‘Orang kuat Warisan’?

Sepanggar jadi lubuk kepada pemimpin dan penyokong Warisan membuat permohonan tanah. Sebelum ini isu tanah Kg Darau, Kg Warisan Jaya, Kg Boronoun, dan Kg Kurol Melangi Teluk Likas di kawasan Sepanggar yang tular. Hari ini lagi 100 ekar tanah rizab.

Nampaknya Sepanggar menjadi lubuk kepada pemimpin dan penyokong Warisan membuat permohonan tanah oleh kelompok-kelompok tertentu.

Sebelum ini portal Sabahkini2 telah melaporkan isu tanah Kg Darau, Kg Warisan Jaya, Kg Boronoun, dan Kg Kurol  Melangi Teluk Likas di kawasan Sepanggar.

Terbaru ialah permohonan Basri bin Tahir dan Masnah Adam untuk tanah rizab anak negeri 100 ekar Kampung Muslim Muafakat Sulaman dan Kg Unggun di Sepanggar yang disokong oleh Jakariya Ab Jalil Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah

 

Surat tular pejabat Ketua Menteri Sabah bertarikh 4 April 2019 itu adalah menjawab permohonan 26 Februari 2019 yang dipanjangkan kepada Datuk Safar Untong Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

Sebagaimana surat Arsad Ghani Ketua Cawangan Warisan Kg Suluk Lama Kurol Melangi Likas yang mendapat sokongan minit sokongan Datuk Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar tular apabila pemimpin Warisan tempatan mula menyalahgunakan surat berkenaan sehingga menceroboh tanah milik orang lain.

[ARTIKEL BERKAITAN- Azis Jamman mengaku tandatangan surat sokongan Arsad Ketua Cawangan Warisan mohon tanah Likas ]

Malah pencerobohan itu telah dibiarkan sejak hampir setahun lalu.

Bagaimanapun status permohonan tanah Kampung Muslim Muafakat dan Kg Unggun di Sepanggar sejak februari ini tidak diketahui. Apakah ia hanya sekadar sokongan menyedapkan hati pemohon atau lobi pihak atasan sedang dibuat.

Kg Muslim Muafakat/ Sepakat

Kg Unggun Sepanggar

Selagi lagi netizen berharap penjelasan daripada Datuk Safar Untong Pengarah JTU dan pejabat Ketua Menteri berhubung perkara ini.  

 

5 Comments