Kematian pelancong China, tempatan terkena bom ikan kes terpencil, netizen kecam Timbalan Menteri
12:07 Jul 08, 2019  |  By SabahKini2
Kematian pelancong China, tempatan terkena bom ikan kes terpencil, netizen kecam Timbalan Menteri

Sejak kenyataan Timbalan Menteri kes kematian pelancong China dan tempatan kerana bom ikan sebagai terpencil rata-rata netizen mengecam kenyataan itu. Sepatutnya kes bom ikan diselesaikan segera.

Kenyataan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik insiden tiga penyelam termasuk dua pelancong warga China maut terkena bom ikan di perairan Semporna di Sabah pada 6 julai lalu sebagai kes terpencil mengundang kemarahan netizen.

Katanya orang ramai khsusnya pelancong tidak perlu khuatir dengan keselamatan kerana pihak berkuasa akan terus memastikan tahap keselamatan mereka menjadi keutamaan.

“Pelancong tidak perlu bimbang kerana bukan semua kawasan di sana mempunyai bom ikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Peluang Perniagaan Pelancongan Perak

Netizen menyelar sikap Timbalan Menteri yang tidak sensitif terhadap keluarga mangsa. Hakikatnya penggunaan bom ikan di Semporna bukan isu terpencil ia sangat berleluasa menunggu mangsa dan musibah berlaku.

Kini tiga menjadi mengsa dan dua lagi pelancong asing dari China yang menyebabkan isu diplomatik jika tidak ditangani akan memburukkan imej negara.

Raz lan dalam facebooknya berkata Menteri perlu belajar cara berkomunikasi melibatkan hubungan diplomatik, perniagaan dan lain-lain. Mangsa yang terlibat bukan setakat orang tempatan bahkan pelancong yang mendatangkan hasil negara.

“Harap Tun M boleh sekolahkan menteri-menteri PH ni, kalau suruh mereka pergi kelas tambahan malam, ajar sikit cara-cara nak menjawab bila wartawan bertanya’. kata Omar Abdullah.

 

 

 

 

2 Comments