Kerajaan Warisan akan jual Pulau Sulug kepada syarikat Jepun?
03:07 Jul 09, 2019  |  By SabahKini2
Kerajaan Warisan akan jual Pulau Sulug kepada syarikat Jepun?

Atas alasan pelaburan kini Pulau Sulug pula bakal di jual kepada Jepun demi projek pelancongan. Apa kesan kepada alam sekitar?

KOTA KINABALU: Atas nama pelaburan Kerajaan Warisan mengumumkan Jepun menyatakan minat menanam modal dalam sektor eko-pelancongan dan penjanaan tenaga berasaskan kuasa solar.


Selepas menjual aset kepada China kini kepada syarikat Jepun atas alasan Pelaburan

Ia dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas menerima kunjungan hormat kumpulan Syarikat Jepun ke pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Antara yang dicadangkan ialah cadangan pembinaan pusat peranginan di Pulau Sulug bagi tujuan eko pelancongan.

“Mereka menyatakan minat dalam sektor pelancongan, termasuk mencadangkan Pulau Sulug untuk menempatkan pusat peranginan mereka.

Kunjungan Hormat Delegasi Pelaburan Jepun itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Wanoyu Global Company Limited, Nikko Doh.

Mohd Shafie ketika mengulas lanjut, kerajaan negeri akan mencari jalan terbaik kerana Pulau Sulug terletak dalam kawasan perlindungan Taman-Taman Sabah.

“Ia masih di peringkat cadangan dan belum dimuktamadkan lagi, malah ada lagi yang perlu diperhalusi,” katanya.

Apakah motif Shafie Apdal mencadangkan Pulau Suluq? Atas nama pelaburan membangun Pulau Sulug sudah tentu bakal merosakkan alam sekitar di kawasan terbabit. Apakah para pencinta alam sekitar akan menyokong projek syarikat Jepun ini?

 
Kedudukan Pulau Sulug Sabah

 

11 Comments