Exco Perumahan Perak Adun DAP rogol pembantu rumah Indonesia
11:07 Jul 09, 2019  |  By SabahKini2
Exco Perumahan Perak Adun DAP  rogol pembantu rumah Indonesia

Sebelum ini Adun DAP Tronoh terlibat dengan penipuan sijil akademik kini terlibat dengan kes rogol.

IPOH: POLIS hari ini mengesahkan Exco Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan YB ADUN Tronoh, Encik Paul Yong Choo Kiong sedang disiasat kerana disyaki merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

Difahamkan mangsa tampil membuat laporan polis semalam selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru, Ipoh.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu.

Menurutnya, oleh kerana laporan polis telah dibuat semalam, DAP berpandangan tiada siapa yang mengatasi undang-undang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh.

“Tindakan yang sepatutnya akan diambil, bergantung kepada hasil penyiasatan yang dijalankan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai seorang Exco Perak sedang disiasat pihak polis selepas disyaki merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, ACP Choo Lily mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

10 Comments