Exco Perumahan Perak didakwa rogol pembantu rumah ditahan untuk siasatan
04:07 Jul 10, 2019  |  By SabahKini2
Exco Perumahan Perak didakwa rogol pembantu rumah ditahan untuk siasatan

"Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menahan orang disyaki semalam untuk bantu siasatan kita". Kata Ketua Polis Perak

IPOH: Exco Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan YB ADUN Tronoh,Paul Yong Choo Kiong yang dikaitkan dengan dakwaan merogol pembantu rumah warga Indonesia, telah ditahan semalam.

Penahanan itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dalam aplikasi pesanan ringkas WhatsApp kepada media.

“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menahan orang disyaki semalam untuk bantu siasatan kita.

“Saya akan keluarkan kenyataan media hari ini,” katanya ringkas. 

Pada Selasa, Pembantu warga Indonesia mendakwa dicabul oleh seorang Exco Perak yang juga majikannya kini dalam perlindungan polis.

[ARTIKEL BERKAITAN- Exco Perumahan Perak Adun DAP rogol pembantu rumah Indonesia ]

"Wanita terbabit (mangsa) kini berada dalam pengawasan polis bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Setakat ini saya mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan termasuk proses mengumpul segala maklumat sebelum tindakan selanjutnya dilakukan,” katanya.

Pengadu yang berusia 20-an dikatakan telah membuat laporan polis Isnin lalu selepas Exco itu merogolnya sehari sebelum itu di sebuah kediaman di Meru, Jelapang, Perak.

Exco Perak Nafi merogol

Bagaimanapun dalam satu kenyataan media Exco Perak YB Paul Yong Choo Kiong menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu hari ini.

Menurutnya, dia tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian dan menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

“Biarlah pihak polis menjalankan siasatan yang sepatutnya dan saya akan memberi kerjasama sepenuhnya.

“Saya percaya bahawa pihak polis akan bersikap profesional dan telus dalam siasatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan

1 Comment