MB Selangor nafi skandal bersama Adun Bukit Melawati di Four Points Sandakan
16:07 Jul 10, 2019  |  By SabahKini2
MB Selangor nafi skandal bersama Adun Bukit Melawati di Four Points Sandakan

Ditanya sama ada tuduhan seumpama itu mungkin dibuat oleh anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri, Amirudin berkata beliau tidak tahu menahu mengenai hal itu.

KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari hari ini membidas pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah mengaitkan beliau dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati YB Juwairiya Zulkifli

Amirudin turut mempersoal mengapa dirinya dijadikan sasaran pihak berkenaan dan menegaskan bahawa beliau tidak pernah melakukan perkara di luar batasan.

"Saya yakin saya tiada di lokasi yang dikaitkan dalam tuduhan itu, malah pada waktu itu saya berada di Kuala Lumpur, tuduhan ini tidak memberi kesan kepada saya secara individu tetapi apa yang saya risaukan ia seperti sudah menjadi budaya bila anda nak bunuh seseorang tetapi tidak dapat mencari salah laku (jadi) anda cipta fitnah.

 
Antara tangkap layar yang tular dalam facebook dan aplikasi Whatsapp

"Saya melihat sendiri pengalaman di dalam negara, membuat tuduhan yang tidak dapat dibuktikan ini merupakan tindakan untuk mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang melanda negara. Kita ada banyak perkara hendak buat, selamatkan ekonomi, perkukuhkan negara, saya pun tidak dapat nak layan tuduhan ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Sayangi Generasiku peringkat Kuala Selangor yang dianjurkan oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di sini, hari ini.

Amirudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tuduhan pihak tertentu mengaitkannya dengan seorang Adun Bukit Melawati dari Selangor berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di Hotel Four Points Sandakan, Sabah pada 11 Mei lepas yang tular di media sosial hari ini.

Ditanya sama ada tuduhan seumpama itu mungkin dibuat oleh anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri, Amirudin berkata beliau tidak tahu menahu mengenai hal itu.

Menjawab sama ada tindakan undang-undang akan diambil ke atas pihak yang membuat tuduhan berkenaan, Amirudin berkata perbincangan telah dilakukan dengan peguamnya dan sekiranya isu itu menjejaskan kredibilitinya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Comment