[VIDEO] Ustaz PKR Wan Ji 'mulut Longkang' wajar dipenjara kerap hina Raja-raja Melayu
03:07 Jul 11, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO]  Ustaz PKR Wan Ji 'mulut Longkang' wajar dipenjara  kerap hina Raja-raja Melayu

Tergamak Ustaz Wan Ji menggelar Sultan Selangor dengan kata-kata kesat. Malah bukan kali pertama beliau menghina Sultan . Sebelum ini beliau berkata mahu menghapus sistem beraja di Malaysia.

AUTA Wanji. Bukti Wan Ji menghina raja bukan pertama kali.. Kredit Video- 1Peluru 

Kenapa Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan mengenai hukuman penjara setahun di bawah Akta Hasutan yang dikenakan terhadap penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin  ‘Ustaz PKR’? Sedangkan kesalahan Wan Ji sudah dibuktikan salah melalui facebooknya malah video yang kerap kali beliau menghina institusi beraja.

Wan Ji Wan Hussin adalah bekas Penasihat Agama Lim Guan Eng sebelum menyertai PKR.

Anwar Ibrahim menyifatkan hukuman terhadap Wan Ji sebagai kerangka pemikiran usang, lapuk dan jumud yang masih wujud dalam pentadbiran.

"Saya akan merujuk perkara ini dan akan dibincangkan dengan perdana menteri. 

Kenyataan Anwar jelas menunjukkan satu campur tangan terhadap sistem kehakiman negara yang bersalah cuba di 'kawtim'. Ini tidak betul. Ia memberi mesej yang salah terhadap kerajaan PH.


Wan Ji dipenjara

Wan Ji mula menjalani hukuman penjara selepas mahkamah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana menghasut serta menghina Sultan Selangor tujuh tahun lalu.

Kaji bahasa Wan Ji yang memang biadap. Malah bukan kali pertama beliau berkata mahu menghapuskan Sultan. Tonton Video di atas

Hakim Datuk Abdul Halim Aman bukan sekadar menolak rayuan Wan Ji malah hukuman 9 bulan penjara ke atas beliau telah ditambah ke setahun penjara kerana menurut Hakim kes berkenaan sangat serius.

Kata-kata hasut Wan Ji itu menurut Hakim bukan sahaja menghasut malah cuba menanam sifat kebencian rakyat terhadap Institusi Raja-raja.

Di Mahkamah Wan Ji turut disekolahkan Hakim darihal prinsip-prinsip Rukunegara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara serta Kesopanan dab Kesusilaan.

Kata Hakim: "Kehidupan kita dirangkumi adab dan tatasusila yang sering kita amalkan apatah lagi dalam situasi DYMM Sultan adalah Ketua Agama Islam."

Biarlah ini menjadi satu pengajaran buat semua. Kebebasan bersuara itu dijamin Perlembagaan Persekutuan namun kebebasan itu tidak mutlak kerana ia perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang ada.

Namun, beberapa pihak dan badan hak asasi mengkritik hukaman itu, dengan Suaram menggesa Peguam Negara Tommy Thomas memberi penjelasan.

 

 

 

 

 

2 Comments