750 mangsa kebakaran setinggan Likas bakal diberi tanah CL 0155831598 seluas 42 ekar?
08:07 Jul 17, 2019  |  By SabahKini2
750 mangsa kebakaran setinggan Likas bakal diberi tanah CL 0155831598 seluas 42 ekar?

Selepas setahun mangsa kebakaran Kg Cenderakasih Likas akhirnya mereka bakal diberi penempatan baru di tanah 42 ekar? Benarkah?

KOTA KINABALU- Nasib kesemua 783 mangsa daripada 146 keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Cenderamata Dua, Likas terbakar julai tahun lalu bakal terbela selepas surat permohonan kumpulan mangsa itu kepada Datuk Azhar Haji Matusin Adun Karambunai bakal diluluskan oleh Kerajaan Warisan

Ia sejajar dengar hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyatakan janji tersebut ketika melawat kesemua mangsa di Dewan Serbaguna Likas tahun lalu.

"Dalam jangka masa pendek kita perlu pindahkan kesemua mangsa ini di kediaman baharu. Kita sedar ini merupakan kawasan setinggan tetapi saya akan minta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atasi masalah ini termasuk menyediakan pusat pemindahan yang lebih selesa.

Walaubagaimanapun selepas setahun janji itu tidak dapat ditunaikan hingga kini menyebabkan netizen yang terlibat dalam kebakaran itu kecewa dan tidak berpuas hati.

Banyak cadangan tempat mangsa kebakaran itu seperti di Kg Darau dan Kg Boronoun namun ditentang penduduk asal kampung berkenaan.

Kg Darau dan Kg Boronoun Parlimen Sepanggar

Terbaru menurut sumber kumpulan mangsa kebakaran itu mereka memohon semula di penempatan baru di atas tanah bekas geran CL.0155831598 seluar 42 ekar bagi 750 orang peserta.

Surat yang disampaikan kepada Datuk Azhar Matusin Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian mei lalu tidak diketahui statusnya bagaimanapun Kerajaan Warisan bersedia menyelesaikan masalah itu.

Datuk Seri Mohd. Shafie dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, masalah setinggan yang banyak di negeri ini adalah perkara yang menjadi keutamaan beliau untuk diatasi sejak mentadbir Sabah kerana telah dijanjikan dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, langkah segera bagaimanapun sukar dilaksanakan kerana penyelesaian berkenaan memerlukan satu kajian dan perincian sebelum apa-apa keputusan diambil.

"Kita tidak mahu semakin ramai penduduk tempatan tinggal di kawasan setinggan, perkara ini bukan sahaja berlaku di Kota Kinabalu tetapi di daerah-daerah lain seperti Sandakan dan Tawau," kata beliau.

Sejak kerajaan Warisan memerintah sudah lebih 20 kebakaran di kawasan penempatan setinggan menggundang syak seolah-olah ada satu sindiket yang menyebabkan kebakaran itu secara sengaja.

Baru-baru ini dalam satu ucapan Datuk Jaujan Sambakong Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata kebakaran adalah sesuatu yang disengajakan dan dirancang.

 

11 Comments