Tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah, cuti atau tidak terserah Azmin- PM
15:07 Jul 17, 2019  |  By SabahKini2
Tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah, cuti atau tidak terserah Azmin- PM

“Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah,” kata PM

KUALA LUMPUR-  Menteri Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada Mohamed Azmin Ali sama ada mahu bercuti atau tidak daripada Kabinet, sementara polis menyiasat penyebaran rakaman seks melibatkan dua lelaki yang salah seorangnya didakwa menteri hal ehwal ekonomi itu.

Menurut perdana menteri, rakaman lucah yang disebarkan itu adalah tindakan politik bagi menghalang kejayaan politik seseorang.

“Ini semua pasal politik. Ini bukan pasal mendedahkan salah laku seseorang. Ini pasal politik, nak sekat seseorang daripada berjaya dalam politik,” katanya.

“Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Beyond Paradigm 2019, di Kuala Lumpur, hari ini.

Polis sehingga ini menahan sembilan orang untuk siasatan berhubung rakaman seks itu yang tersebar lima minggu lalu, termasuk tiga yang ditahan malam tadi.

 

 

6 Comments