Gereja St. Theresa Tambunan: Dulu kerajaan persekutuan beri RM2 juta, Kini Shafie umum tambahan RM1 juta
16:07 Jul 21, 2019  |  By SabahKini2
Gereja St. Theresa Tambunan:  Dulu kerajaan persekutuan beri RM2 juta, Kini Shafie umum tambahan RM1 juta

RM2 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan terdahulu manakala kutipan orang ramai berjumlah RM300 ribu. Kini Ketua Menteri menambah RM1juta

TAMBUNAN: Kerajaan Negeri hari ini menyumbangkan dana tambahan RM1 juta bagi tabung pembinaan Gereja St Theresa di sini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal membuat pengumuman itu semasa lawatan ke Gereja St Theresa hari ini.

Semasa lawatan itu, Shafie disambut oleh Rev Father Rudolf Joanes dan kemudian diberi taklimat oleh jawatankuasa bangunan baharu Gereja St Theresa.

Kos projek pembinaan Gereja St Theresa ialah RM8.8 juta dan setakat ini sebanyak RM2.3 juta telah dikumpul.

RM2 juta itu adalah dari sumbangan Kerajaan Persekutuan terdahulu manakala kutipan orang ramai berjumlah RM300 ribu.

Antara Menteri yang hadir bersama Shafie ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick dan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar serta bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum.

Semasa lawatan tersebut, Shafie sempat beramah-mesra dengan pemimpin Paroki Keningau.

 

 

3 Comments