Guru bahayakan nyawa, MD Semporna 'Shithole' gagal selesaikan masalah rakyat
14:07 Jul 24, 2019  |  By SabahKini2
Guru bahayakan nyawa, MD Semporna 'Shithole' gagal selesaikan masalah rakyat

Sekalipun YB Semporna adalah Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri masalah rakyat gagal diselesaikan segera. Tular gambar-gambar nasib guru-guru yang mengajar di Pulau Semporna. Isu jeti tidak selesai hingga kini.

 VIDEO- Lihat sendiri kesukaran para guru

Dalam satu hantaran facebook 'Semporna dihati" tular gambar-gambar nasib guru-guru yang mengajar di Pulau-pulau Semporna apabila terpaksa membahayakan diri.  Masalah kawasan jeti Marin digunakan untuk pasar malam dan tiada tempat parking kereta. Mereka terpaksa melalui jeti yang sedikit merbahaya untuk keselamatan.

Pelbagai pihak telah membuat aduan dan merungut nampaknya Majlis Daerah Semporna masih tidak mampu menyelesaikan masalah. Sayang sekali Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Shafiie Apdal adalah juga Ahli Parlimen Semporna. Malah Datuk Jaujan Sambakong adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah. Dua wakil rakyat berkuasa yang mahu membina bandar terapung Semporna tetapi isu masalah jeti tak boleh diselesaikan.

Benarlah kata pelancong asing ke Daerah Semporna apabila menobatkan daerah ‘Biggest Shithole’. Selain penuh dengan sampah tetapi juga sikap pegawai Majlis Daerahnya yang tidak suka menyelesaikan masalah rakyatnya.

[ARTIKEL BERKAITAN - Video Antarabangsa nobatkan Semporna Kawasan Shafie sebagai ‘Biggest Shithole’ In Malaysia ]

[ARTIKEL BERKAITAN - Dinobat bandar 'Biggest Shithole' Shafie Arah Bersihkan Semporna elak digelar Daerah kotor ]

 

Dinobat bandar 'Biggest Shithole' Shafie Arah Bersihkan Semporna elak digelar Daerah kotor
Komen-komen rakyat boleh dibaca dalam Page 'Semporna dihati'.

2 Comments