Pelantikan Presiden MACMA 'orang kuat' IKRAM sebagai Naib Canselor UMS ditentang Warisan?
14:07 Jul 26, 2019  |  By SabahKini2
Pelantikan Presiden MACMA 'orang kuat' IKRAM sebagai Naib Canselor UMS ditentang Warisan?

Polemik pelantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) belum berakhir. Selepas Dr Kamaruddin ditamatkan kini tular pelantikan Dr Taufiq Presiden MACMA 'Orang Luar UMS' sebagai Naib Canselor. Katanya NGO dan Parti Warisan bakal membantah.

KOTA KINABALU: Polemik pelantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr D Kamaruddin D Mudin yang dipendekkan kontrak sehingga julai terjawab apabila penggantinya ‘Orang luar UMS’ iaitu Prof Dr Taufiq Yap Hun Hin dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa 30 Julai 2019 hingga 2022.

Pelantikan Profesor Fakulti Sains UPM sebagai Naib Canselor UMS mengakhiri terus gerakan pelobi ‘orang dalam’ termasuk dari Parti Warisan yang mahu jawatan itu.

Surat pelantikan beliau sebagai Naib Canselor baharu itu bocor dan tular dalam laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp

Surat Menteri KPM dan KP JPT

Prof Dr Taufiq Yap Hun Hin anak tempatan Sabah berasal dari Kota Kinabalu dan berkelulusan dalam bidang kimia bertugas sebagai Ketua Pusat Penyelidikan Sains Katalisis dan Teknologi (PutraCAT).

Dr Taufiq juga merupakan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan dikaitkan dengan kumpulan NGO terkenal Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

 

Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia yang juga ahli IKRAM telah bersetuju melantik Dr Taufiq melalui suratnya bertarikh 23 Julai 2019 dan surat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah binti Tapsir bertarikh 24 Julai 2019.

Umum mengetahui bukan lagi rahsia apabila Dr Mazlee dikuasai oleh ‘Geng Ikram’ untuk melantik semua pegawai-pegawai kanan dari kalangan ahli Pertubuhan IKRAM. Sejak penasihat Dr Maszlee  adalah 'Geng IKRAM' semua pegawai dan dasar KPM kini kepada 'Ikramisme'.

Dr Taufiq seorang pejuang IKRAM yang aktif. Beliau adalah sahabat baik dengan Dr Mazlee

 

Tidak mustahil selepas ini kumpulan IKRAM akan memenuhi dan menguasai UMS.

Bagaimanapun pelantikan Dr Taufiq satu pengiktirafan kepada cina muslim di negara ini.

Bantahan NGO dan Parti Warisan

Menurut sumber dalaman selepas surat pelantikan Prof Dr Taufiq Yap Hun Hin terdapat usaha digerakkan oleh Ketua Wira Warisan Sepanggar Jumardie Lukman (orang kanan Azis Jamman) yang juga staf UMS membantah pelantikan Menteri Pendidikan itu yang tidak menyokong aspirasi Warisan Sabah.

Semua pelobi ‘Geng Kartel’ dan 'King Maker' kepanasan apabila calon Naib Canselor mereka tidak dipilih.

Apakah akan ada demonstrasi bantahan oleh Wira Warisan Sepanggar dalam tempoh terdekat? Katanya mereka tidak berpuas hati dengan pelantikan orang luar UMS.

 

Farish 'Skodeng Skirt' Pegawai Khas Datuk Azis Jamman juga masih berpengaruh di UMS sekalikan kesnya belum didakwa di mahkamah

Farish dan Jumardie (Ketua Wira Warisan Sepanggar) Staff Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaran UMS orang kanan Azis Jamman

13 Comments