Tiada paksaan masuk Islam, nenek pilih Islam adiknya masuk Kristian kata orang Tambunan
04:07 Jul 27, 2019  |  By SabahKini2
Tiada paksaan masuk Islam, nenek pilih Islam adiknya masuk Kristian kata orang Tambunan

"Adik kepada nenek saya masuk Kristian. Tiada ugutan tiada pergaduhan. Pakcik makcik saya masing-masing pilih agama yang mereka mahu anuti"

Terkilan sikit bila ada YB cakap orang-orang Islam Tambunan masuk Islam 38 tahun yang lalu sebab diugut dengan pelbagai ugutan.

Ini respon peribadi saya sebagai orang Islam berasal dari Tambunan. Menurut cerita orang tua-tua saya tiada pula kes kena paksa masuk Islam melainkan disuruh pilih masuk mana-mana agama. Dan nenek saya masuk Islam.

Adik kepada nenek saya masuk Kristian. Tiada ugutan tiada pergaduhan. Pakcik makcik saya masing-masing pilih agama yang mereka mahu anuti. We are in peace.

Dalam Islam “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.” (Surat al-Baqarah | 2 : 256).

Kenyataan YB tanpa bukti dan fakta yang jelas boleh menyebabkan orang Sabah berbalah. Ada pula sesetengah netizen upload gambar dahulu sebagai bukti "diugut" padahal kenyataan gambar lebih kepada pertemuan rakyat dan  "beramah mesra".

YB cakap pasal perpaduan kaum dan agama tapi YB mulakan dengan kata-kata yang mengguris hati orang Islam Sabah.

I am sorry if I say wrong. Hopefully YB do so.

Facebook Fadillah Nordin

 

[ARTIKEL BERKAITAN 

Kerana RM1 juta Tangau kata 'Tun Mustapha' paksa masuk Islam, Shafie bagi duit kepada Gereja 

Musli Oli, Ketua Pemuda, NGO Sabah lapor polis kenyataan Madius Tangau

Ketua Menteri pertahan Tangau ‘hina Islam’ sebagai hanya salah tafsir ]

 

 

5 Comments