Ketua Wira 'Projek IC' Nafi senada KM, Timbalan Ketua Wira Warisan bantah Pelantikan NC UMS?
23:07 Jul 28, 2019  |  By SabahKini2
Ketua Wira 'Projek IC' Nafi senada KM, Timbalan Ketua Wira Warisan bantah Pelantikan NC UMS?

Ketua Wira Sepanggar nafi membantah pelantikan NC UMS sedangkan arahan kepada semua Wira Warisan Sabah ialah membantah pelantikan itu. Apa Ketua Wira hasil 'Projek IC' ini yang juga staf Fakulti Kejuruteraan UMS takut kepada bos baharunya?

KOTA KINABALU: Seperti dijangka selepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal bersuara menyuarakan rasa tidak puas hati dan kekecewaannya berhubung pelantikan Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini Timbalan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd. Ismail Ayub turut mengecam Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie 'tibai' Menteri Pendidikan lantik Naib Canselor UMS membelakangkan Kerajaan Warisan ]

Mohd. Ismail Ayub berkata, pelantikan tersebut seolah-olah satu penghinaan kepada negeri ini kerana suara rakyat Sabah langsung tidak diambil kira.

“Seharusnya hubungan yang baik di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diutamakan iaitu Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengambil kira pandangan dan berbincang berkenaan perlantikan tersebut bersama Ketua Menteri dan ini menunjukkan Dr. Maszlee tidak menghormati kerajaan negeri.

“Mengapa pula Dr. Maszlee menidakkan suara rakyat Sabah dan membelakangkan kerajaan negeri seolah-olah tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut membantah dalam laman faecbook ialah Ismaily Bungsi Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang tidak berpuas hati seolah-olah tiada ‘orang dalam UMS’ yang layak memegang jawatan Naib Canselor UMS itu.

Bagaimanapun menjadi sesuatu yang pelik apabila portal Sabahnewstoday dan media Sabah yang lain melaporkan Ketua Wira Warisan Sepanggar, Jumardie Lukman melaporkan kepada polis dan menafikan laporan Sabahkini2.com yang menyatakan beliau membantah pelantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) baharu.

Bagaimana pula Timbalan Ketua Timbalan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd. Ismail Ayub dan beberapa Exco Wira Warisan boleh membuat bantahan  menyuarakan rasa tidak puas hati mempertahankan Shafie Apdal tetapi Jumardie Lukman Ketua Wira Sepanggar yang UMS terletak di kawasan itu tidak membantah? Apakah Ketua Wira Warisan Sepanggar tidak senada dengan Ketua Menteri, Ketua dan Timbalan Ketua Wira Sabah?. 

Siapa atasan Wira Warisan selepas Timbalan boleh mengarahkan Ismail Ayub kalau bukan Ketua Wira Warisan Datuk Azis Jamman atau lebih atas untuk membuat kenyataan terbuka?

Apakah Jumardie Lukman bimbang beliau yang juga Staf Fakulti Kejuruteraan (Dulu Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaran UMS) adalah Ketua Wira Warisan Sepanggar menentang Naib Canselor baharunya sendiri? Apakah bimbang seorang penjawat awam bergelar ketua wira melawan Naib Canselor bosnya?

Apakah Jumardi Lukman mahu didedahkan maklumat dan arahan Ketua Wira Warisan Sabah untuk membantah pelantikan Naib Canselor baharu itu?

Mungkin komen pengguna facebook penyokong Warisan bernama Monsoi Toojo Mus Awg ini boleh membantu mengingatkan Jumardie Lukman Ketua Wira Warisan Sepanggar yang tidak senada dengan Ketua Menteri selaku Presiden Warisan bersama dengan kepimpinan Wira Warisan Sabah.

Kepada Jumardie Lukman yang berasal dari Makasar (Ibubapanya masih di Makasar) yang dapat projek IC serta tidak punya keluarga di Sabah tinggal di Telipok dan hanya punya keluarga di rumah mentua di Putatan janganlah berpura-pura tidak tahu tentang arahan menentang pelantikan Naib Canselor itu. Takut lebih banyak terdedah tentang siapa kamu. Hanya PTI saja yang gemar menggunakan slogan "Sabah kita punya". 

Sabahkini2.com mempunyai maklumat penuh serta dokumen lengkap mengenai siapa Jumardie Lukman Ketua Wira Warisan Sepanggar yang beristerikan Puteri UMNO ini.

“Jangan jolok sarang tebuan”. kata sumber.

Kepada Wira Warisan dan Warisan Sepanggar tak malukah kamu berketuakan seseorang dari 'Projek IC"? Keluarganya di Makasar dan di Sabah tiada sesiapa hanya mentua menumpang kasih. Kini dia pula yang lebih dari kamu. Dah dapat jawatan tak mahu back up Shafie Apdal dan
Timbalan Ketua Wira. Hanya kerana dia Staf UMS maka dia tak boleh protes bakal Naib Canselornya?

Slogan 'Sabah Kita Punya" ni slogan PTI. Hanya PTI bangga selepas mereka mula memiliki IC

3 Comments