Isu NC UMS: BERSATU Sabah sokong Menteri Pendidikan, UPKO sokong Shafie Ketua Menteri
01:07 Jul 29, 2019  |  By SabahKini2
Isu NC UMS: BERSATU Sabah sokong Menteri Pendidikan, UPKO sokong Shafie Ketua Menteri

Polemik isu pelantikan NC UMS nampaknya belum berakhir sekalipun surat pelantikan sudah diberi. Selepas sahaja Ketua Menteri menyuarakan rasa kecewanya beberapa pemimpin Warisan juga tidak berpuas hati termasuk UPKO

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah menyambut baik dan menyokong penuh keputusan Menteri Pendidikan melantik Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin sebagai Naib Cancelor (VC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu.

BERSATU Sabah juga berpendapat bahawa faktor utama yang harus menjadi pertimbangan dalam pengisian jawatan-jawatan penting di universiti awam ialah “meritokrasi”

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU Sabah, Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit berkata, selain 'merit', kualiti calon juga mengatasi semua pertimbangan lain.

"Kami yakin keputusan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah mengambilkira kriteria ini dalam keputusan beliau.

"BERSATU Sabah menyambut baik dan menyokong penuh keputusan melantik Prof. Dr Tawfiq Yap Yun Hin sebagai VC UMS yang baharu", katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 27 Julai lalu Hajiji Likers  laman facebook Hajiji Likers  melaporkan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Pimpinan Bersatu Sabah menerima kunjungan Mahmood Kassim, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pendidikan, Ulya Aqamah, Pegawai Tugas-tugas khas (PTTK) Menteri dan Khairy Hanaan (Exco Armada/Pegawai Khas Menteri berkunjung ke rumahnya bagi sesi ramah mesra Bersatu Pusat dengan Bersatu Sabah.

 

Sementara itu Datuk Dr Lucas Umbul, Naib Presiden UPKO yang juga Pengerusi Biro Pendidikan UPKO senada dan menyokong kritikan Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri berhubung pelantikan Naib Canselor UMS itu.

Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan sepatutnya mengotakan kata, sekali gus membuktikan ia lebih baik berbanding Barisan Nasional.

“Kalau dua kejadian baru-baru ini diambil sebagai penanda aras, nyata sekali PH tidak lebih baik berbanding BN. Itu persepsi dikalangan masyarakat akar umbi, dan saya juga setuju,”

“Ini mendukacitakan. Kita tahu, itu dalam bidang kuasa mereka, tetapi ia secara langsung melibatkan Sabah. Sekarang-kurangnya, berilah maklumat kepada kepimpinan Sabah terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan diambil. Itu bersopan namanya,” katanya

 

1 Comment