(VIDEO) Keluarga India kantoi mencuri barangan hotel di Bali
11:07 Jul 30, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Keluarga India kantoi mencuri barangan hotel di Bali

Perangai memalukan negara bila mencuri barangan hotel dan ditularkan dalam media sosial.


VIDEO LIVELEAK

“I will pay, sorry,” demikian rayu pelancong keluarga India selepas dia dan keluarganya kantoi mencuri barang-barang milik sebuah hotel di Bali, Indonesia. 

Berdasarkan klip video yang viral di liveleak.com dan laman sosial lain keluarga India berkenaan baru saja mendaftar keluar dari hotel tersebut dan perlu ke lapangan terbang. 

Bagaimanapun, kakitangan hotel mendapati barangan dalam bilik hotel yang disewakan hilang, lalu segera bertindak menghalang keluarga itu dari meninggalkan kawasan hotel. 

Ketika mahu diperiksa, pasangan suami isteri itu dikatakan bertindak agresif dan memaki hamun pekerja hotel.

Setelah diperiksa, ternyata mereka mengambil barang-barang hotel seperti pengering rambut, pasu hiasan, botol seramik (handwash) dan banyak lagi. 

1 Comment