[VIDEO] Darwis Suleiman 'Orang Kuat' PKR ditahan di Indonesia seludup 6kg syabu
08:08 Aug 01, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Darwis Suleiman 'Orang Kuat' PKR ditahan di Indonesia seludup 6kg syabu

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Sering berulang alik ke Kalimantan Indonesia membawa dadah Syabu akhirnya tertanggap juga. Darwis dikatakan mempunyai Kad Pengenalan 'Projek IC'.

 

BALIKPAPAN- 16 Julai lalu media TV Indonesia melaporkan 5 ditahan dan seorang daripadanya rakyat Malaysia disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah jenis syabu 

Polis Indonesia menemui dadah jenis syabu seberat 6kg dalam kenderaan memasuki kalimantan utara menggunakan bungkusan teh.

Suspek rakyat Malaysia yang ditahan itu berasal dari Tawau bernama Darwin Suleiman seorang ahli PKR yang rapat dengan ramai pemimpin di Sabah dan kini dikatakan sudah lama melakukan kerja-kerja penyeludupan keluar masuk dari Sabah ke Indonesia.

Semua suspek kini ditahan polis dan kes itu disiasat di bawah Pasal 114 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2019 berkaitan Dadah, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

 


15 Comments