Koperasi diketuai isteri, Ketua Penaja Bahagian BERSATU Putatan didakwa tipu umrah
10:08 Aug 02, 2019  |  By SabahKini2
Koperasi diketuai isteri, Ketua Penaja Bahagian BERSATU Putatan didakwa tipu umrah

Benarkah Dato’ Seri Haji Arsit Haji Sedi dan isteri Pengerusi Kop-Pusamaju terlibat dengan skandal tipu umrah? Mangsa akhirnya membuat laporan polis kerana tertipu. Apakah kes ini akan disiasat?

KOTA KINABALU: Koperasi Pembangunan Usaha Sama Masyarakat Sabah Maju Berhad (Kop-Pusamaju) yang naungi oleh Dato’ Seri Haji Arsit Haji Sedi Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Putatan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Putatan sebagai Penasihat Kewangan dan Teknikal Koperasi serta isteri beliau yang memegang jawatan kanan koperasi didakwa menawarkan pakej umrah palsu bernilai RM2,990 setiap seorang terhadap 319 mangsa.

Pengerusi Koperasi hanyalah dummy. Yang berkuasa adalah Penasihat Kewangan dan Teknikal Koperasi

Berikutan penipuan tersebut, kebanyakkan mangsa telah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan IPD Kota Kinabalu bagi memohon pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan.

Dalam sidang media di pejabat cawangan Putatan di sini, Isnin, kumpulan yang diketuai oleh Saidin Jalaludin yang bertindak sebagai jurucakap mereka, berkata dia dan yang lain membayar jumlah cukup besar untuk umrah yang dijanjikan pada Mac tahun ini.

Beberapa ahli kumpulan itu juga dilihat membawa pelekat untuk menunjukkan rasa kecewa mereka terhadap perkara itu.

Beliau berkata mereka kemudiannya dimaklumkan bahawa tarikh itu ditunda daripada Mac kepada April, namun beberapa lama selepas itu dimaklumkan bahawa ia ditunda ke tahun depan. 

“Kami semua berharap untuk menunaikan umrah tahun ini tetapi sekarang diberitahu bahawa ia ditunda ke tahun depan,” katanya.

Beliau berkata mereka berasa ditipu dan hanya mahukan wang mereka dikembalikan. Sidang media itu dihadiri oleh ahli-ahli kumpulan tersebut, sesetengahnya datang sejauh Lahad Datu, Labuan, Keningau dan Tenom.

Saidin juga berkata pihak cawangan Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad (Kop-pusamaju) di sini memberitahu mereka bahawa wang umrah itu telah pun diserahkan kepada ejen pengendali di Kuala Lumpur. 

“Kami tidak tahu siapa ejen itu, kami hanya tahu bahawa kami membayar wang kepada Kop-pusamaju dan meminta mereka bertanggungjawab,” katanya. 

Beliau juga berkata mereka datang kepada media untuk mengetengahkan perkara tersebut untuk mencegah orang lain daripada menjadi mangsa.

Selepas berasa tertipu, kesemua peserta berkenaan telah menuntut supaya wang mereka dikembalikan, namun sehingga hari ini hanya beberapa individu sahaja yang telah dibayar balik manakala selebihnya masih belum menerima duit tersebut.

“Lebih malang ada sebahagian daripada kami bukan sahaja tidak dibayar balik malah pasport mereka juga masih disimpan oleh pihak koperasi tanpa dikembalikan sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

“Kami cuma mahu supaya hak kami dipulangkan, permintaan kami untuk berjumpa dengan Dato’ Seri Haji Arsit Haji Sedi dan isterinya tidak pernah ditunaikan sebaliknya setiap kali kami hanya dapat berurusan dengan orang suruhan mereka,” katanya.

 

16 nama yang membuat laporan polis

Ugutan Koperasi dan Dato’ Seri Haji Arsit Haji Sedi

Menurut sumber seorang daripada mangsa tipu telah membuat laporan polis kerana menerima ugutan ydaripada pihak koperasi agar jangan menghebohkan perkara itu jika tidak keselamatannya terancam.

“Apa salah kami sampai menerima ugutan begitu. Jumlah wang itu terlalu besar bagi sebilangan peserta terutama ibu-ibu tunggal yang telah memasang hajat pergi ke Mekah tetapi tidak tertunai,” tambahnya.

Koperasi mangsa tipu atau bersekongkol menipu?

Sementara itu, Ramlan Soon setiausaha Kop-pusamaju menafikan pihaknya telah menipu pakej umrah  seperti yang didakwa oleh sekumpulan jemaah umrah itu.

Sebaliknya Kop-Pusamaju juga merupakan mangsa penipuan pakej itu yang dianjurkan oleh individu yang dikenali sebagai Noraini Binti Abu Bakar (Datuk Ain kawan isteri Datuk Arsit) selaku agen pengendali dari Kuala Lumpur.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang telah dilemparkan oleh sekumpulan jemaah umrah yang telah membeli pakej tersebut, seperti yang telah disiarkan di media massa dan juga media sosoial.

“Tuduhan itu TIDAK BENAR kerana Kop-Pusamaju juga adalah salah satu mangsa yang ditipu oleh agen yang sepatutnya mengurus pakej umrah tersebut.

“Berikutan kejadian itu, pihak Kop-Pusamaju juga telah membuat laporan polis terhadap individu dan agen yang mengurus pakej umrah murah itu, bagi membersihkan nama baik koperasi.

Menurutnya, sehingga laporan polis dibuat oleh Kop-Pusamaju pada 25 Julai 2019 lalu,  jumlah keseluruhan wang yang telah dibayar kepada Noraini ialah sebanyak RM957, 460.00.

Manakala jumlah kerugian yang telah dianggarkan adalah sebanyak RM962,750.00 bagi kesemua 319 jemaah umrah yang terlibat.

Katanya,  pihak Kop-Pusamaju juga telah difahamkan bahawa Noraini telah mangembalikan “refund* sebanyak RM73,770.00 (untuk 25 orang jemaah), setelah beberapa kali jemaah tersebut mendesak agar wang mereka dikembalikan.

Dato’ Seri Haji Arsit Haji Sedi dan Kop-Pusamaju perlu bertanggungjawab

Sementara itu dalam komen-komen netizen di laman media sosial menyelar sikap Dato’ Seri Haji Arsit Haji Sedi dan koperasi membiarkan perkara ini berlarutan.

“Menggunakan alasan Kop-Pusamaju ditipu oleh agen adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab kerana urusan perniagaan Kop-Pusamaju dengan agen itu adalah urusan perniagaan sah antara mereka malah resit juga ada Kop-Pusamaju

resit bayaran atas Kop-Pusamaju bukan rakan perniagaan koperasi

Dato’ Seri Haji Arsit Haji Sedi dan koperasi, isterinya dan Ahli Lembaga Koperasi sepatutnya menyiasat serta meneliti rakan perniagaan mereka. Kata Ahmad seorang ahli keluarga mangsa yang tidak berpuas hati.

Sebagai rekod, Kop-Pusamaju telah ditubuhkan pada 4 Julai 2002 mengikut Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan peraturan-peraturan yang telah dikuatkuasa mulai 16 September 1993.

Kop Pusamaju mempunyai 19 ribu ahli dengan RM2 juta syer anggota, RM27 juta yuran anggota, disamping RM51 juta aset koperasi.

Dato’ Seri Haji Arsit Haji Sedi, Kop-Pusamaju, skandal Kopeks dan kes mahkamah

Ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Haji Arsit Haji Sedi berhadapan dengan skandal melibatkan koperasi. Pada tahun 2012 ketika beliau menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Putatan, beliau pernah didenda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana gagal mematuhi peraturan penyingkiran di bawah Akta Koperasi 1993.

Arsit dilucutkan jawatan dari Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah Bhd (Kopeks) di bawah Seksyen 69 (6) Akta Koperasi 1993 pada 12 Jan 2006, didakwa gagal mematuhi arahan itu dengan memegang jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Lembaga Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad.

Kini beliau melakukan lagi dengan memasukkan isterinya sebagai Ahli Lembaga Koperasi Kop-Pusamaju dalam urusniaga penipuan umrah.

Untuk rekod Dato’ Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi adalah Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) 2019 hingga 2021. Beliau kini adalah Ketua Penaja Bahagian Bersatu Putatan sudah tentu kebal dan suci selepas keluar dari UMNO.

Apakah pihak polis akan menyiasat serta mengambil tindakan terhadap aduan rakyat yang mengadu ditipu oleh Dato’ Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi, Kop-Pusamaju dan isterinya?

Kini Dato’ Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi juga mendapat tempat di Putatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan, Penasihat Koperasi Kop-Pusamaju malah nombor dua Pertubuhan Islam terbesar Sabah, USIA tentu beliau kini lebih dilindungi.

 

 

 

3 Comments