Shafie tegur rakyat benci PTI, NGO, Cawangan Warisan diarah daftar 60 ribu kanak-kanak tanpa negara
14:08 Aug 02, 2019  |  By SabahKini2
Shafie tegur rakyat benci PTI, NGO, Cawangan Warisan diarah daftar 60 ribu kanak-kanak tanpa negara

Rakyat Sabah mengambil berat terhadap kehidupan mereka dan membenci orang asing khususnya pendatang haram. Akhinya berlaku penindasan kepada PTI.

KOTA KINABALU: Perasaan takut kehilangan kuasa ekonomi dan hak tanah menyebabkan penduduk tempatan negeri ini menyimpan perasaan benci atau xenophobia terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata tidak dinafikan rakyat Sabah sangat mengambil berat terhadap kehidupan mereka dan membenci orang asing, khususnya yang datang secara haram.

Katanya, rakyat Sabah bimbang pendatang haram ini satu hari nanti melebihi penduduk tempatan, menyebabkan mereka risau kehilangan kuasa walaupun menjadi tuan tanah di negeri ini.

“Keadaan itu meningkatkan penindasan terhadap golongan berkenaan dan ia semakin berleluasa. Walaupun kumpulan etnik Sabah sentiasa menguasai dalam hal berkaitan kawalan ekonomi, penindasan masih berlaku.

“Orang ramai sering memainkan sentimen berkaitan kerakyatan atau kewarganegaraan untuk menyisihkan serta memerintah mereka. Ini boleh diperhatikan di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hashim Paijan, pada Persidangan Kebangsaan Kesembilan Menolak Diskriminasi bertema ‘Malaysia Baharu: Mencapai Perpaduan Dalam Masyarakat Plural’, di sini.

Mohd Shafie berkata, paling penting ialah untuk memahami punca utama isu berkenaan termasuk sebab di sebalik kemasukan PATI ke Sabah.

“Dengan memahami faktor yang melingkari fenomena ini, saya berharap bukan saja xenophobia, malah kelompongan sosial dapat dikurangkan dengan lebih ketara.

“Mengambil kira kerumitan isu ini, saya merayu kepada semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin tempatan supaya berhenti menggunakan sentimen seperti ini.

Sementara itu, katanya, kerajaan Warisan juga akan memberi kewarganegaraan kepada setiap kanak-kanak tanpa negara  yang lahir di negeri ini (sama ada dari PTI atau yang berkahwin dengan tempatan).

Dimaklumkan sekitar 60,000 orang di Sabah tanpa dokumen pengenalan diri di negeri ini.

“Saya sudah arahkan pihak berkaitan termasuk NGO dan cawangan Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk membantu,” katanya.

 [ARTIKEL BERKAITAN- 7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan? ]

24 Comments