Terbukti Naib Canselor UPM, Dr Saleh dalang pemecatan Pengerusi LPU tutup kes rasuah UPM Holdings
13:08 Aug 05, 2019  |  By SabahKini2
Terbukti Naib Canselor UPM, Dr Saleh dalang pemecatan Pengerusi LPU tutup kes rasuah UPM Holdings

Akhirnya KPM sendiri mengesahkan persekongkolan Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM dan Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar menyingkirkan Pengerusi LPU Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail. Rupanya menutup rasuah mereka

Kemelut pemecatan Pengerusi Lembaga Pengarah UPM nampaknya belum berakhir. Portal Sabahkini2.com juga pada 3 Ogos lalu mendedahkan mengenai usaha Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar bekas CEO UPM Holdings Sdn. Bhd yang kini adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik Dan Pembangunan) disebalik pemecatan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terdesak jawatan NC UPM, tutup kes rasuah, Dr Saleh TKP dalang Pengerusi LPU UPM dipecat Menteri ]

YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail juga memohon penjelasan daripada Dr Maszlee Malik dan Kementerian Pendidikan berhubung pemendekan kontraknya.

Susulan daripada itu KPM melalui Jabatan Pendidikan Tinggi telah membuat kenyataan media pada 4 Ogos (Ahad) mengenai pelantikan Pengerusi baharu UPM Tan Sri Ghauth Jasmon memastikan sasaran UPM sebagai 100 universiti terbaik dunia dicapai dalam masa 2 tahun.

Paling ditunggu ialah pendedahan KPM bahawa mengesahkan persekongkolan dua sahabat karib iaitu Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar dan Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM untuk menyingkirkan Pengerusi LPU Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail. 

 

Alasan KPM melantik Tan Sri Ghauth Jasmon agar UPM mencapai 100 terbaik adalah sesuatu yang ‘menggelikan hati’ bagi seorang Menteri KPM yang pernah membuat kenyataan ranking universiti tak penting.

Namun bukan lagi rahsia universiti yang tersenarai dalam QS World University Rankings adalah kerana hasil skandal membeli ranking. Siapapun Naib Canselor dan Pengerusi LPU mampu melakukannya jika QS World University Rankings diburu. KPM beri peruntukan Universiti beli.

ARTIKEL BERKAITAN- UM ke 70 dunia: Kejayaan skandal KPM bayar berjuta beli QS World University Rankings? ]

UM ke 70 dunia: Kejayaan skandal KPM bayar berjuta beli QS World University Rankings?

Mahu bangga apa pada pencapaian Ghauth Jasmon di UM? Alumni UM sendiri menolak Ghauth Jasmon sebagai Pengerusi LPU UM. Membayar lebih RM 2 juta untuk membeli QS World University Rankings dan tiada  senarai yang hebat dalam Times Higher Education World University (THES) menjadi kayu ukur pelantikan Pengerusi LPU?

Sudah dijangka alasan pemendekan kontrak Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail dengan isu siasatan kes mencutikan Pendaftar UPM Dato' Wan Azman Wan Omar, Pegawai Undang-undang (PUU), dan rayuan kes bekas Naib Canselor UPM Dato’ Dr Mohd Fauzi Ramlan.

Pastinya daripada drama ini banyak lagi kes lain bakal terbongkar yang melibatkan Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar bekas CEO Holdings dan Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM yang dulu adalah TNC Akademik dan Antarabangsa (AA).

Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar ketika menjadi CEO Holdings mesti tidak lupa dengan aduan surat 2 januari 2019 melibatkan dirinya disiasat SPRM dan juga LPU. Pastinya Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM yang juga Pengerusi UPM Holdings Sdn Bhd tidak senang mengenainya. Perangai sama beri keluarga projek dan jawatan.


Menunggu siasatan SPRM. Agaknya bila SPRM nak selesaikan? malah CEO UPM Holding Sdn Bhd
dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi. Dan kini ada kuasa mahu menutup kes ini dari siasatan

Berapakah agakya kos perbelanjaan telah lebur dan keuntungan UPM Holdings Sdn Bhd projek di UPM termasuk The [email protected] Chancellery?

Dzulkhairi bin Ahmad CEO UPM Consultancy & Services Sdn Bhd

Bukan lagi rahsia jika Pendaftar UPM Dato' Wan Azman Wan Omar terlibat dengan beberapa kes rasuah projek kepada anak menantu serta anaknya yang dilantik ke jawatan UPM Holdings Sdn Bhd.

Bukan juga rahsia Dr. Mohd Saleh Jaafar sebagai CEO UPM Holdings Sdn. Bhd melantik anak saudaranya Dzulkhairi bin Ahmad (KP 720608-07-5533) sebagai CEO UPM Consultancy & Services Sdn Bhd anak syarikat UPM Holdings Sdn Bhd.

Bukankah ini apa yang ada dalam surat aduan di atas? Orang yang tidak layak tetapi dilantik oleh
CEO UPM Holdings dengan kelulusan Naib Canselor UPM  Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris 

Untuk kes Dato' Dr Fauzi yang menjadi sasaran serangan Syed Razlan, bukanlah menjadi kesalahan kepada kepada Dato’ Dr Fauzi Ramlan untuk membuat aduan salahlaku terhadap Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM dan Penasihat Undang-undang UPM untuk mempertahankan dirinya mempersoalkan keputusan teknikal dan kesahan jawatankuasa tatatertib yang bersidang tidak mengikut peraturan ditetapkan. Apabila Pendaftar UPM Dato' Wan Azman Wan Omar mengaitkan Syed Razlan Pengerusi LPU dengan pembangunan Medical City ia sudah tentu satu tuduhan tidak berasas untuk mengalih isu salah laku rasuah Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Dr. Mohd Saleh Jaafar dan Dato' Wan Azman Wan Omar sendiri. Mereka bimbang apa yang mereka lakukan terbongkar.

Siapa sebenarnya Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM yang nampak baik tetapi ‘kaki rasuah’ ini?

Apa Dato' Dr Aini Ideris buat selepas menerima aduan mengenai salahlaku Dr Saleh Jaafar CEO UPM Holdings yang dia jadi pengerusinya? sebab dia sahabat baik maka dia melindunginya.

Ketika beliau menjadi TNC Akademik dan Antarabangsa semua tahu Dr Aini melantik dua orang anak menantunya berkhidmat sebagai Pensyarah di UPM. Malah beliau sendiri membuat temuduga untuk menantunya itu. Seorang bernama Dr Zed Ziyana Zulkifli, Jabatan Kejuruteraan Awam UPM dan Puan Balkis  Fatomer A. Bakar di Fakulti Perhutanan. Rakyat biasa nak mohon jawatan UPM bersusah payah mencari kabel tetapi dengan Dato' Dr Aini Ideris dia beri kepada menantunya. Agaknya semasa di jadi VC UPM dia tak buat lagi ke?

Dr Zed Ziyana Zulkifli

 Balkis Fatomer A.Bakar

Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris dan Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals Sdn Bhd (MVP)

Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris juga telah melantik syarikat Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals Sdn Bhd (MVP) yang juga beliau adalah ahli lembaga pengarah kepada subsidiari syarikat itu untuk monopoli membeli harta intelek (IP) bagi pengkomersialan produk UPM seperti vaksin dan lain-lain. Syarikat yang dilantik sebelum itu ditamatkan demi MVP. Atas nama komersial promosi produk sendiri maka lantik syarikat MVP yang beliau berkepentingan di dalamnya.

MVP dilaporkan berjaya mengkomersialkan IP UPM, Fowl Pox Vaccine RM 2.86 juta, Newcastle Disease Vaccine RM 1.33 juta dan Infections Bursal Disease Vaccine UPM93 Strain RM 1.07 juta. 

24 Jun 2019 media melaporkan Malaysia Vaccines & Pharmaceuticals Sdn. Bhd. (MVP) dan UPM sekali lagi berkerjasama untuk mempromosikan vaksin NDV4HR bagi penternak ayam dan unggas di zon pantai barat semenanjung Malaysia. Vaksin NDV4HR dihasilkan oleh Prof. Datin Paduka Dato Dr. Aini Ideris pada tahun 1995. Nampaknya demi MVP semuanya lancar dan ok.

Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris juga adalah ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat lain termasuk syarikat senarai awam Malayan Flour Mills Berhad. Atas kepentingan itu pada Ogos 2018 beliau sebagai Naib Canselor UPM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malayan Flour Mills Berhad untuk tingkat industri ayam broiler. Sebagai balasan Malayan Flour Mills bersetuju membiayai sistem rumah tertutup untuk ayam broiler kepada Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian. Agaknya berapa elaun Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris  dalam MFM?

Apa lagi kepentingan Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris dalam Malayan Flour Mills Berhad?

 

Selaku Pengerusi UPM Holdings Sdn Bhd apa jadi pada Bas UPM Holdings yang dibeli oleh Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar sebagai CEO UPM Holdings?Rosak. Satu di Bintulu jadi monumen bersejarah. Berapa juta wang rakyat terbuang? Tuntutan beli bas juga berjuta. Sewa kepada UPM pada kadar tak masuk akal. 

Begitu juga isu 6 blok pelajar diroboh bagi membina MRT Station UPM. Apa jadi berapa duit pampasan dan kat wang wang pampasan itu?

Ada banyak lagi namun kita sambung kemudian. Yang  pasti dalang penyingkiran Pengerusi LPU Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail ialah Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM dan Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi. Mereka menggunakan alasan isu Dato' Dr Fauzi Ramlan sebagai isu namun hakikatnya Niab Canselor dan bekas CEO UPM Holdings itu bimbang salahlaku rasuah mereka terjejas. Apakah urusniaga UPM Holdings menguntungkan? 

Apakah Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail akan berdiam diri atau bakal mengadap Canselor UPM, Sultan Selangor? memandangkan  Persatuan Alumni UPM turut mempersoalkan Kementerian Pendidikan Malaysia hal pemendekan kontrak Pengerusi LPU itu nampaknya UPM akan terus bergolak.

SPRM wajar menyiasat segera Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM dan Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi atas salah laku mereka.

 

 

5 Comments