Daim ‘tibai’ Dr Maszlee Menteri Pendidikan salah keutamaan
01:08 Aug 11, 2019  |  By SabahKini2
Daim ‘tibai’ Dr Maszlee Menteri Pendidikan salah keutamaan

Terbaru Tun Daim pengerusi majlis penasihat kerajaan mengkritik Dr Maszlee dan KPM kerana salah salah keutamaan dengan tidak memberi tumpuan kepada Revolusi Industri ke-4 (IR 4.0).

Kementerian Pendidikan diketuai Dr Maszlee Malik “Geng IKRAM” nampaknya jadi bahan ‘troll’ apabila satu demi satu kontroversi muncul dari pemakaian kasut hitam, subjek matematk dalam sains, isu kuota Matrikulasi, kolam renang, subjek 1MDB, memendekkan kontrak Naib Canselor, Pengerusi LPU dan terbaru isu jawi khat Jawi di sekolah rendah.

Selepas 15 bulan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, kini terdapat gesaan agar gabungan itu menunjukkan rancangan konkrit untuk melaksanakan pembaharuan pendidikan bagi memastikan Malaysia tidak terkesan dalam revolusi Industri 4.0.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, sewaktu pertemuan bersama dewan perdagangan antarabangsa turut mengakui sistem pendidikan Malaysia harus diselaraskan mengikut keperluan industri.

"Pendidikan tidak boleh lebih ke arah seni tetapi kepada sisi perindustrian.

Terbaru Tun Daim pengerusi majlis penasihat kerajaan mengkritik Dr Maszlee dan KPM kerana salah salah keutamaan dengan tidak memberi tumpuan kepada Revolusi Industri ke-4 (IR 4.0).

Beliau kesal kerana negara masih berdebat sama ada subjek Matematik dan Sains harus diajar dalam bahasa Inggeris sedangkan dunia memberi perhatian kepada usaha memperkenalkan “kurikulum lanjut” yang menumpukan IR 4.0.

Katanya, ini menyebabkan generasi muda mereka lebih kompetitif dan relevan dengan dunia yang akan didominasi oleh kepintaran buatan(AI) dan robotik pada masa depan.

“Sewaktu kita masih lagi bergelut dengan retorik politik mengenai bahasa, orang lain di sekeliling kita telah bergerak melampaui bahasa Inggeris atau Mandarin atau bahasa Melayu ke bahasa pemrograman dan pengekodan.

Daim berkata, banyak perkara yang perlu diambil kira dalam mempersiaplkan golongan muda untuk masa depan, seperti bagaimana teknologi boleh digunakan untuk memperbaiki kehidupan manusia atau mengenal pasti “kemahiran unik manusia” yang boleh dibangunkan untuk masa depan di tempat kerja.

“Dengan bertanyakan soalan yang betul dan menimbangkannya dalam penggubalan dasar, kita boleh mencipta persekitaran yang membolehkan manusia memaksimumkan potensi mereka dan meneroka usaha kreatif yang disokong oleh teknologi, bukan digantikan olehnya.”

Beliau berkata, terdapat pihak yang menyalahkan orang asing kerana mengambil pekerjaan mereka, sedangkan realitinya teknologi akan memberi kesan ke atas banyak pekerjaan pada masa depan apabila robot menggantikan manusia bagi pekerjaan remeh.

Bagaimanapun katanya, keadaan baru juga akan membuka peluang baru, dengan merujuk kepada bidang seperti robotik, rantaian perbekalan logistik dan data raya masih memerlukan pekerja mahir apabila teknologi berkembang.

“Justeru soalannya ialah ‘sama ada kita di Malaysia bersedia untuk membuat loncatan itu?’. Mari kita bersikap jujur, kita belum bersedia. Malah kita langsung tidak bersedia.

“Kita masih lagi mengejar latihan dalam IR 4.0 sedangkan orang lain sudah bersedia untuk revolusi industri ke-5.”

 

2 Comments