Jual aset, lantik Dato' Voon Tin Yow CEO, Sime Darby kini milik DAP!
13:08 Aug 25, 2019  |  By SabahKini2
Jual aset, lantik Dato' Voon Tin Yow CEO, Sime Darby kini milik DAP!

Rupanya diam-diam Pengerusi PNB dan Lembaga Pengarah cuba melantik Dato' Voon Tin Yow Pengarah Eksekutif EcoWorld sebagai Group CEO Sime Darby Property. Ditawarkan gaji RM265,000 membelakangi CEO bumiputera yang layak.Apa jadi?

SIME DARBY merupakan Syarikat korporat terkenal Malaysia portfolio milik pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Selaku pemegang saham terbesar Sime Darby (51.3 Peratus) tidak hairanlah mengapa Pengerusi PNB akan turut berada di dalam lembaga pengarah Sime Darby.

Pada 30hb November 2017, Sime Darby telah dipisahkan kepada tiga syarikat iaitu Sime Darby Plantation (yang menguruskan aktiviti perladangan), Sime Darby Property (yang bertanggungjawab kepada pembangunan hartanah) dan Sime Darby Group (yang terdiri daripada bisnes permotoran, hospital dan lain-lain).

Ini merupakan strategi ‘pure play’ yang diterapkan oleh PNB selaku pemegang saham terbesar ketika di bawah pimpinan pengerusinya sebelum ini, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Strategi dan tujuan Tan Sri Abdul Wahid Omar adalah jelas bagi membolehkan Sime Darby mencapai potensi sebenar dengan setiap syarikat menjadi lebih fokus kepada perniagaan teras. Ini juga selari dengan Pelan Strategik PNB 2017-2022

Kini Pengerusi PNB ialah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang juga Pengerusi Sime Darby Property Berhad.  Tentunya sebagai Pengerusi, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkuasa penuh terhadap Sime Darby Property Berhad dan syarikat-syarikat bawah Sime Darby. 

Sudah tentu selepas setahun strategi ini dilakukan ketiga-tiganya mencatatkan prestasi harga saham yang berbeza di Bursa Malaysia.  

Bagaimanapun dua entiti syarikat yang sentiasa mendapat perhatian ialah SIME DARBY PLANTATION BHD dan SIME DARBY PROPERTY BERHAD sesekali dari SIME DARBY BERHAD  dalam penjualan aset serta sahamnya.


SIME DARBY PLANTATION BHD

Diketuai Mohamad Helmy Othman Basha sebagai Pengarah Urusan Kumpulan. Tanah dan aset Sime Darby Plantation sentiasa menjadi rebutan pelabur di luar sana. Kaunter ini merupakan kaunter yang ‘wajib dipegang’ pelabur berikutan aktiviti perladangannya yang menjamin pulangan bagi jangka masa panjang.

Portfolio perladangan Sime Darby Plantation pula tidak terhad di dalam Malaysia semata-mata. Misalnya di Papua New Guinea, Sime Darby Plantation mempunyai 86,478 hektar tanah yang sudah diusahakan dengan kelapa sawit.

Profil tanaman ini memberikan hasil tinggi sekitar 24 tan per hektar- lebih tinggi daripada purata biasa. Sime Darby mempunyai kepentingan di negara ini melalui syarikat New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL) hasil daripada pelaburan berjumlah RM6 billion yang dibuat pada Mac 2015.

Berdasarkan laporan kewangan suku pertama 2018, NBPOL menyumbang sehingga 11.6% kepada pendapatan syarikat.

Bagaimanapun nasib berbeza Sime Darby Plantation di Indonesia di mana keluaran hasil ladang kelapa sawit adalah sekitar 16 tan per hektar berikutan profil umur ladang di sana yang lebih tua.

Jun 2019 media melaporkan dua anak syarikat tidak langsung Sime Darby Plantation Bhd menjual seluruh kepentingan ekuiti mereka dalam PT Mitra Austral Sejahtera kepada PT Inti Nusa Sejahtera dengan nilai RM123.1 juta. Dua anak syarikat itu ialah PT Ladangrumpun Suburabadi dan PT Teguh Sempurna. 

Ia mempunyai tanah seluas 7,074.04 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit di Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat, Indonesia. 

Ura-ura New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL) bakal dijual?

Meskipun mempunyai profil ladang yang baik di Papua New Guinea, Sime Darby Plantation dilaporkan ingin menjual sebahagian pegangannya di dalam NBPOL bagi mendapatkan suntikan wang tunai.

PublicInvest pada Januari 2018 berkata ‘Sime Darby Plantation dijangka menjual 25%-49% yang mampu memberi pendapatan tunai sekitar RM1.7 bilion-RM3.2 bilion.’

Namun, apa yang menghairankan adalah penjualan ini bakal dibuat berdasarkan pada harga yang sama ketika Sime Darby membeli NBPOL iaitu dengan penilaian sebanyak RM6.6 bilion. Timbul persoalan- Adakah selepas 3 tahun, pelaburan ini tidak bertambah apa-apa dari segi nilainya?

Penjualan NBPOL dikatakan berpunca daripada usaha Sime Darby Plantation yang mahu mengurangkan nisbah hutang (gearing) daripada 0.4 kepada 0.25-0.35. Ini selari dengan hasrat mereka yang berusaha keras mengurangkan kadar hutangnya sejak pembelian NBPOL.

Kerugian Operasi di Liberia juga bakal dijual?

Di Liberia pula, Sime Darby Plantation Liberia Inc (SDPL) menghadapi cabaran kelewatan projek, pelaksanaan pelan, konflik sosial, dan isu hak asasi. Ini sekaligus menyumbang kepada kerugian terkumpul sekitar RM322 juta berdasarkan tahun kewangan 2016/2017.

Kerugian ini meliputi nilai kemerosotan aset (impairment) berjumlah RM202 juta dan kerugian operasi sebanyak RM108 juta. Faktor profil umur ladang dan purata hasil buah yang rendah dilihat menyumbang kepada keadaan tersebut. Sememangnya, SDPL menghadapi cabaran untuk meningkatkan produktiviti dan hasil di Liberia.

Produktiviti rendah di sektor pertanian juga telah memaksa kerajaan Liberia untuk mengimport 80% bagi bekalan makanan mereka.

Meskipun 22% bank tanah Sime Darby adalah di Liberia, hanya 10,000 hektar yang telah dibangunkan- jauh tersasar daripada sasaran 120,000 hektar tanah yang ingin dimajukan menjelang 2020.

Ini berikutan undang-undang tempatan yang baru yang memperkasakan komuniti setempat di mana Sime Darby menghadapi kesukaran membangunkan tanah mereka. Situasi ini dilihat bakal menyukarkan lagi aktiviti perniagaan Sime Darby Plantation di sini.

Pada 20 Mac 2019 Sime Darby Plantation Liberia Inc (SDPL) ketika Mohamad Helmy Othman Basha Timbalan Pengarah Urusannya (Kini CEO Kumpulan) mengumumkan telah menerima cadangan daripada beberapa pihak yang berminat untuk mengambil alih operasinya di Liberia, Afrika Barat. Syarikat itu telah menandatangani perjanjian yang tidak boleh didedahkan, bersama beberapa pihak yang berminat.

Mengambil kira situasi di Papua New Guinea, Indonesia dan Liberia, keadaan semasa Sime Darby Plantation dijangka amat mencabar dan memerlukan penyelesaian segera.

31 Mei lalu, Sime Darby Plantation Bhd mengumumkan lagi bakal meraih tambahan RM1 bilion bagi tahun kewangan 2019 menerusi aktiviti penjualan tanah dan aset yang kurang berpotensi ia membabitkan 1771.4 hektar yang terletak di lima negeri di Semenanjung, antaranya Selangor, Melaka, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.


SIME DARBY BERHAD

Diketuai Dato' Jeffri Salim Davidson sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Entiti Sime Darby yang memacu industri  permotoran, hospital dan lain-lain. Tidak kurang kontroversinya, 2 April lalu SDB melalui anak syarikatnya  Sime Darby Industrial Holdings Sdn Bhd, menjual 53 peratus kepentingan ekuitinya dalam Sime Kubota Sdn Bhd kepada Kubota Corporation pada RM25.87 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia  Sime Darby Bhd berkata susulan penjualan itu, Sime Kubota tidak lagi menjadi anak syarikat milik penuh tidak langsungnya tetapi sebagai syarikat sekutu 40 peratus miliknya.

Sime Kubota adalah syarikat sendirian berhad yang menjalankan pengedaran pelbagai peralatan ringan dan alat ganti berkaitan bagi kegunaan dalam sektor pertanian, pembinaan dan perindustrian.

SIME DARBY PROPERTY BERHAD

Baru-baru ini tular dalam laman facebook Che GuBard pendedahan pelantikan seorang bekas Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Bhd, Dato Voon Tin Yow yang juga Pengarah Eksekutif Eco World Development Group Berhad, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Property dengan gaji RM265,000 sebulan.

Dato' Wan Hashimi Albakri Bin Wan Ahmad Amin Jaffri sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan pun hanya bergaji RM65,000 sebulan. Datuk Amrin CEO lama pun gaji dalam RM165,000 sebulan.

Apa sebenarnya mainan Tan Sri Zeti Pengerusi Sime Darby Property Berhad? April 2019 portal Sabahkini2 pernah melaporkan Amrin diarah meletak jawatan Pengarah Urusan dan penggantinya masih samar.

[ARTIKEL BERKAITAN- Amrin diarah letak jawatan Pengarah Urusan penggantinya bekas pegawai Sime Darby Property? ]

 Amrin diarah letak jawatan Pengarah Urusan penggantinya bekas pegawai Sime Darby Property?

Di bawah Tan Sri Zeti nampaknya aset Sime Darby akan terus dijual dan terlalu pro taikun Cina DAP.

Terbaru Sime Darby menjual tanah hakmilik bebas sebesar 105 ekar mereka di Kuala Langat, Selangor dengan harga RM40 juta atau harga RM8.08 untuk setiap kaki persegi.

Pembeli tanah ini adalah sebuah syarikat pemaju tempatan bukan milik bumiputera bernama "Oriental Interest Berhad" dan mereka mengumumkan bahawa hasrat mereka ialah untuk memajukan projek hartanah di atas tanah tersebut.

Penjualan kepada Oriental Interest ini adalah adalah dalam rancangan Sime Darby untuk menjual tanah sebanyak 4,300 ekar di Malaysia untuk RM1 bilion lagi tahun ini seperti dilaporkan media tempatan pada bulan April.

Persoalannya apa sudah jadi? Sime Darby berkepentingan bumiputera mempunyai kemampuan memajukan tanah tidak memajukan sendiri tanahnya sebaliknya menjual tanah strategik hanya sekitar harga rizab?

 

Pelantikan Dato’ Voon Tin Yow strategi Eco World kuasa Sime Darby?


Desas-desus sekitar 15 Ogos 2019 mendedahkan Lembaga Pengarah bersetuju meluluskan Dato' Voon Tin Yow sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Property. Timbul persoalan siapa yang mencadangkan? Apakah Tan Sri Zeti tanpa pengetahuan Perdana Menteri?

Pengurusan Sime Darby Property majoriti bukan melayu. Sudah tentu ini tidak adil bagi orang Melayu jika melantik lagi Group CEO bukan Melayu. Sumber berkata ada ramai CEO yang boleh mengemudi Sime Darby terutama mereka yang berpengalaman dalam bidang property dan kewangan.

Selain Dato' Wan Hashimi Albakri Bin Wan Ahmad Amin Jaffri yang sekarang pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan nama-nama lain yang dikaitkan dengan Sime Darby seperti Datuk Redza Rafiq Abdul Razak (Chief Executive Officer - Malaysia Vision Valley & Director of Investment), Mustamir Mohamad (Group Chief Financial Officer SDB) dan Dato' Sri Nik Aswan Nik Abdul Aziz (former property) wajar diberi perhatian. Kerajaan boleh mempertimbangkan lagi mana-mana CEO Melayu atau kalangan CEO Wanita memimpin Sime Darby Property.

Rekod Datuk Voon Tin Yow dalam SP Setia dan Eco World jelas boleh dipertikaikan sebagaimana dalam laporan Factual Investigation on Alleged Conflict of Interest Involving Former Senior Management Staff at SP Setia Berhad menyatakan salahlaku Voon Tin Yow. Bukan itu sahaja Persekitaran Sime Darby GLC Bumiputera amat berbeza dengan Eco World dan SP Setia sebelum diambil alih Khazanah. Sime Darby terbukti berjaya diurus oleh CEO Melayu sebelum ini.


Apa rasionalnya melantik bukan bumiputera yang bukanlah punya rekod yang sangat cemerlang dengan tanggungan gaji setinggi RM265,000 sebulan? Jika tidak kerana Tony Pua berusaha mahu memasukkan semua budak-budaknya dalam GLC?

Sime Darby sebelum ini merupakan medan dan payung kepada peniaga dan professional bumiputera. Malah untuk rekod dikongsikan bahawa RM3.68 billion nilai bantuan pelajaran anak bumiputera tersedia dibawah Yayasan Sime Darby dan Tabung Mengubah Destinasi Anak Bangsa pada 2018.

Majoriti Pengurusan Sime Darby Property pun bukan Melayu. Memasukkan Dato' Voon Tin Yow tidak akan mengimbangi
kedudukan Sime Darby Property. Kedudukannya dalam EcoWorld pasti memberi kesan kepada aset-aset Sime Darby dikemudian hari.


40 % agihan kerja dan projek melalui Sime Darby sama nilai RM 1 Billion diagihkan kepada vendor bumiputera pada 2018. Ini menjadi nafas dan medan melatih serta melahirkan bumiputera berjaya dalam persaingan dunia perniagaan.

Menurut sumber Tony Pua Setiausaha Politik Menteri Kewangan Lim Guan Eng sekarang sedang sibuk menentukan beberapa CEO cina pro DAP untuk masuk dalam GLC kerajaan.

Apa akan jadi jika Datuk Voon Tin Yow CEO bukan Melayu di Sime Darby? Apa nasib pekerja dan juga aset-aset Sime Darby? Apakah akan dijual lagi? Umum mengetahui hubungan rapat Menteri Kewangan Lim Guan Eng dengan Tan Sri Liew Kee Sin Pengerusi Eco World. Meletakkan Datuk Voon Tin Yow Pengarah Eksekutif EcoWorld pastinya bakal menguntungkan EcoWorld. 

Cerita  Tan Sri Liew Kee Sin dan Voon Tin Yow dalam SP Setia tentu lebih panjang.
Begitu juga Eco World dan DAP tidak dapat dipisahkan

Lim Guan Eng dengan Tan Sri Liew Kee Sin Pengerusi Eco World memang amat rapat. Apakah pelantikan Datuk Voon Tin Yow
sebagai CEO adalah kebetulan?

Pada tahun 2016 The Edge pernah melaporkan desas-desus penggabungan Sime Darby Property dengan Eco World. Apakah impian ini diteruskan untuk mengambil alih Sime Darby? Paling tidak menguasai aset Sime Darby Property.

 

Tidak hairan jika DAP, Eco World sangat berminat degan Sime Darby Property Berhad. 

Menjadi persoalan besar apa Tan Sri Zeti buat di PNB sebagai Pengerusi? Aset Sime Darby Plantation, Sime Darby Property dan Sime Darby Berhad dijual, jawatan penting diberi kepada bukan Melayu, kontrak dan lain-lain lagi. Di mana usaha memelihara hak-hak Melayu Bumiputera?

Terima Kasih Tun M tolak Dato' Voon Tin Yow! 

Sumber melaporkan nasib baik Tun Dr Mahathir Perdana Menteri menghidu apa yang berlaku di Sime Darby Property dan mengarahkan penangguhan pelantikan Datuk Voon Tin Yow yang sepatutnya diumum 15 Ogos lalu.

 

 

 

10 Comments